Selasa, 28 April 2015

METALUCIFER - heavy metal drill

Aku bukanlah seorang peminat tegar band Metalucifer tetapi album heavy metal drill ni boleh lah dikategorikan antara album kegemaran aku. Suara vokalisnya memang tak sedap(rasanya trademark paling penting untuk band ni) tetapi lagu-lagu dorang memang sentiasa melekat dikepala. Aku kenal band ni hanya sekitar tahun 2006 iaitu melalui sebuah gig metal di Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu band grindcore Negation dan Farasu datang untuk buat persembahan pertama kalinya di Sabah. Band-band lain yang turut serta dalam gig tu kalau tak silap aku band Blind Confused, Vicious Entity dan Medievel Slave. Persembahan untuk gig tersebut adalah band Medievel Slave dan lagu pembukaan untuk mereka sudah pastinya lagu cover dari band Metalucifer iaitu "heavy metal drill" yang sudah pasti menarik perhatian aku dan metalhead yang yang hadir pada hari tu. Bayangkan persembahan pembukaan sudah dapat menarik ramai orang untuk headbanging bersama. Masa tu memang aku tak tau lagi lagu cover dan adalah salah seorang metalhead bagitau aku yang lagu mereka perform tu adalah lagu cover dari Metalucifer. Sejak hari tu aku dah tertarik dengan band Metalucifer. Kiranya band Medievel Slave lah yang memperkenalkan aku terhadap band Metalucifer. Medievel Slave sampai sekarang aku tak tau status band ni. Rasanya  dah tutup buku.
Album ni dulunya  pertama kali aku dengar melalui cdr cetak rompak yang aku pinjam dari kawan aku. Dulu memang susah nak dapatkan material Metalucifer jika anda bukan kaki snailmail. Duduk area tawau lagi parah lah jawabnya..hahahaha Tahun 2009-2011 ada distro tempatan jual album ni tetapi masa tu aku punya listing nak beli benda lain memang penuh.( Masa tu tengah kumpul cd band death metal). Album  cd ni pun aku baru beli tahun lepas iaitu semasa tour band Sabbat di Asia Tenggara. Yelah kan frontman Sabbat dan Metalucifer adalah orang yang sama. Jadi sudah semestinya ada barang metalucifer akan dijual sekali dengan barang Sabbat Aku beli masa gig Sabbat dekat Rumah Api dengan harga yang sangat murah iaitu rm25. Yang aku dapat ni rasanya versi cetakan semula Iron Pegasus Records tahun 2010. Masa tu barang-barang Sabbat dan Metalucifer memang laku macam pisang goreng panas. Lesap dengan pantas..(harga memang sangat murah dan kalau ada yang otak bisnes pasti boleh buat duit masa tu dengan menjual balik barang tersebut melalui online...hehehe). Kaset pula aku beli awal tahun ni melalui label tempatan yang mengeluarkannya dalam format kaset iaitu label Thrashing Fist Production dan terhad kepada 200 keping+ percuma poster. Label tersebut cakap kaset ni soldout dalam masa sebulan sahaja dari tarikh ia dikeluarkan.

Ada beberapa orang sahabat aku dari Sabah yang sememangnya peminat tegar Metalucifer. Dorang akan kumpul apa sahaja diskografi Metalucifer. Satu album tu dorang akan kumpul dari LP, tape dan CD dengan pressing berbeza. Memang diehard gila. Kalau nak tanya info band pun rasanya tanya dorang je...hahaha Sebab itu aku memang tak heran kalau apa-apa material band Metalucifer yang dijual oleh distro-distro dan label-label di Malaysia ni akan soldout dalam masa yang singkat. Masa album ni dikeluarkan oleh ThrashingFist Production untuk format kaset, aku cepat-cepat beli(takut melepas pulak) sebab aku tau yang material Metalucifer memang menjadi buruan dan kegemaran metalhead bawah tahah diseluruh dunia. Rasanya kalau orang baru nak dengar lagu-lagu metalucifer memang tiada masalah sebab lagu dorang memang senang nak hadam. NWOBHM bawaan Metalucifer!!!!

Persembahan live ada Gitaris Blumi(Metal Inquisitor) dan drummer Tormentor(Desaster)...


4 ulasan:

  1. paling best bila dorang guna semua tajuk lagu pun heavy metal...hahaha...
    tapi seriously...aku suka band ni..

    BalasPadam
  2. Memang betul ko cakap.aku banyak kali melepas nak dptkan cd band ni.Jepun punya legend ni

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi ko pun complete la lp, cd, kaset lain2 pressing hohoho

    BalasPadam
  4. aku belum sempat sambar kaset tu sudah sold out kat labelnya. aarghhh band ni memang best.

    BalasPadam