Selasa, 7 April 2015

NECROTIC CHAOS - regime grotesque

Sebelum mengenali Necrotic Chaos, rasanya pengetahuan aku tentang death metal malaysia iaitu pada tahun 2001 hanya Sil Khannaz, Silent Death dan Mandatory. Sil Khannaz memang aku senang dapat material kaset mereka. Cuma Silent Death dan Mandatory hanya melalui kaset kompilasi panggilan pulau puaka yang aku pinjam dari kawan. Aku mengenali Necrotic Chaos hanya melalui majalah ROTTW tahun 2001 kalau tak silap aku. Dalam majalah tu ada temuramah berkenaan dengan band mereka. Tapi masa tu memang aku tak explore sangat. Hanya jadikan info dan bahan bacaan sahaja. Dulu masa dekat kedai kaset, aku ada terlihat kaset split dengan band Cardiac Necropsy. Disebabkan bajet terhad dan aku pula mengambil keputusan untuk membeli kaset album Vader"revelation"...hahaaha  Bila album ni keluar pada tahun 2003, barulah aku dapat dengar muzik mereka.
Aku bukanlah seorang peminat muzik metal tempatan yang wujud pada era 90'an dan sudah pastinya aku terlepas peluang merasai kemeriahan scene death metal tempatan yang banyak menghasilkan album-album yang membunuh iaitu dari band Sil Khannaz, Silent Death, Braindead dan Suffercation. Album-album mereka aku dengar hanya di era millenium. Cuma terdapat persamaan dari segi kesedapatan/keenakan/feel bila aku mendengar album "regime grotesque" dengan album-album seperti Sil khannaz-conception of madness, BrainDead-from the esctacy dan juga Silent Death-before the sunrise. Mungkin juga atas faktor band ni wujud pada era yang sama iaitu era 90'an.
Satu lagi kesedapan/keenakan/feel bila mendengar album-album tempatan memang sangat berbeza jika dibandingkan dengan band-band luar negara. Realitinya banyak sangat band-band luar negara menghasilkan rilisan yang lebih hebat dan dahsyat berbanding dengan band tempatan. Tapi aku menilai muzik band tersebut hanya berdasarkan apa yang sedap ditelingaku dan keutamaan aku memang band-band tempatan dan contoh yang paling dekat pun, aku hanya buat perbandingan dengan negara jiran seperti Indonesia yang banyak melahirkan band brutal death metal, masih juga aku tak dapat feel yang sama macam aku dengar album ni...otak aku yang berat sebelah atau feel aku yang tak seimbang???..hahahaha
Secara peribadinya aku meletakkan album ni di posisi ke 2 album death metal tempatan kegemaran aku selepas Braindead"from the esctascy" walaupun album ni lebih dahulu aku dengar.(album from the esctacy hanya mula didengar pada tahun 2005)....hahhaahaa Album ni jangan cakap lah sampai sekarang aku masih dengar. Tape ni dulunya aku ada dua keping. Sekeping aku dah jual disebabkan aku dapat 1 lagi tape baru dari distro tempatan. Tape lama aku jual dengan harga cekik darah jugalah rm25 termasuk poslaju. Mahal ke??? Untuk next target memang aku tunggu kalau ada orang nak letgo versi cd. Dulu menyesal juga tak beli cd album ni disebabkan sibuk membeli album yang lain. Semestinya album terbaik brutal death metal buatan malaysia.

6 ulasan:

  1. belum perna dengar album ni. perna tgk mereka live di gig sekali rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. live dorg masa dkt black box solaris tu mmg x best...mcm xda lagu dlm album ni..rasanya siapa2 yg dpt tgk dorg masa live tour promosi album ni 2003/2004 mgkin yg plg best..

      Padam
  2. masa zaman dorang ni aku dah start tak berapa nak follow muzik underground tempatan...biasa la kan...poseur...heheh...

    BalasPadam
  3. aku ade cd album ni, brape maw offer..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kasi pm saja harga..klu ngam dgm harga saya angkut...hehehe

      Padam
  4. Vokalis nye dulu setaman dengan saya. Selalu nampak. Masjid tak pernah tinggal wooo... gud...

    BalasPadam