Jumaat, 8 Mei 2015

ENTRAPMENT - putrefying stench of death

Pertama kali aku dapat info pasal band ni adalah melalui myspace iaitu sekitar tahun 2010. Tengok logo band mirip band Dismember. Ada beberapa lagu yang disertakan dalam myspace mereka yang cukup menarik perhatian aku. Masa tu memang tak tergerak langsung pun nak dapatkan material band ni. Hanya tahun 2012 baru aku dapat beli demo ni melalui kenalan facebook. Dia iklankan tape ni dan aku terus beli sekali dengan 7'inch mereka yang bertajuk "crawling morbidity". Entrapment berasal dari Belanda/Holland/Netherland dan muzik death metal bawaan mereka bukanlah seperti dari band terkenal negara asal mereka iaitu Asphyx tetapi lebih kepada wabak swedish death metal ala old Entombed/Nihilist dan Dismember. Kalau dengar demo "putrefying stench of death" ni memang sound dan riff-riff gitar dalam demo ni mirip lagu-lagu dalam demo-demo Nihilist atau macam dalam album Entombed "left hand path". Memang jadi demo kegemaran aku lah jawabnya...hahahaha Sayangnya ada 3 lagu dan durasi keseluruhannya hanya kurang dari 8 minit. Memang tak puaslah jawabnya. Rasanya tape yang aku dapat ni adalah pressing kedua sebab pressing pertama kulit kaset berwarna putih. Sekarang band ni dah ada dua album pun dan aku masih belum lagi membelinya(banyak sangat waiting list...hahahaha)

3 ulasan:

  1. nice cassette bro...waiting list kalo nk ikutkn sampai ke tua pn tk abis-abis ahaha

    BalasPadam
  2. haha selalu demo2 ni durasinya tak sampai 10 minit. memang tak puas hati lah. kalu jenis kaset dubbing aku tak suka. sbb kena rewind balik. pro tape ok tak ada hal. tukat side je terus on.

    BalasPadam