Khamis, 2 April 2015

KING DIAMOND - house of god

Kaset ni adalah antara kaset terawal yang aku beli iaitu sekitar tahun 2001.Cukup je duit daripada hasil menabung duit sekolah, memang aku akan ke kedai kaset untuk cari dan beli apa saja kaset band metal. Masa tu memang pukul rambang apa yang dijumpa. Dan pastinya aku terbeli kaset ni disebabkan tertarik dengan cover depan album yang menyeramkan. Bila test kaset depan kaunter memang intro album yang seram ni pun dah jadi tarikan dekat aku tetapi bagi masalah dekat cashier kedai tu...hahaha Agaknya lama sangat dia terus stop dan lagu pertama tak sempat la jawabnya nak dengar. Bila sampai rumah, belek-belek inlay kaset dan sambil dengar lagu dalam kaset ni dan baru aku tau bahawa King Diamond main muzik heavy metal...Aku ingat band black metal...hahaaha Itulah akibat bila pengetahuan masih lagi cetek dan tiada sesiapa pun disekeliling yang bimbing aku...(yang ada di otak hanya..Iron Maiden, Obituary dan Sil Khannaz..hahahaha). Yang pasti aku memang suka dengan kaset ni, Lagu pertama "the hills have eyes" selepas intro memang dah buat aku gembira hingga ke lagu penamat side A. Memang majoriti semua lagu dalam side A lagu kegemaran aku. Cuma lagu side B bagi aku memang tak berapa melekat sangat dan terpaksa layan sampai habis.
Tahun yang sama juga majalah ROTTW(antara majalah rujukan juga walaupun info band metal sangat sedikit) ada keluarkan poster King Diamond dan majalah tu dibeli oleh jiran aku yang memang salah seorang peminat muzik metal.(rasanya cover depan majalah tu album scorpions "acoustica"). Lama juga aku pujuk dia untuk bagi poster tu dekat aku dan nasib baik dia rela hati nak bagi. Mungkin kalau poster tu band cradle of filth atau dimmu bogir memang dia tak kan bagi disebabkan band tersebut memang dia minat...hahahaha Aku bila dah dapat poster memang tak lekat pun di dinding. Aku lekat dekat  fail sekolah aku sekali dengan poster iron maiden brave new world dengan rasa bangganya..Hari-hari dapat tengok fail tersebut sebab hari-hari di bawa ke sekolah..hahahaha Cuma sampai sekarang aku masih lagi tak dapat kumpul album-album King Diamond yang lain.(sebab banyak sangat band yang nak di dengar dan dikumpul..hahahaha). Masa aku belajar dekat UiTM dulu ada seorang classmate rapat aku memang minat dekat King Diamond. Tapi masa mula-mula kenal, dia hanya bagitau yang dia minat Iron Maiden, Megadeth, Rotting Christ dan Bolt Thrower. Tapi masa dia lepak dekat bilik aku, sambil main gitar akustik roomate aku, dan 1 lagu dia mainkan adalah lagu King Diamond "the hills have eyes"..terus teringat kaset dirumah...Dia pula siap recommend dekat aku suruh dengar album "abigail" dan offer bagi pinjam kaset-kaset koleksi King Diamond yang dia ada.

Tayang sikit poster yang aku lekat dekat fail sekolah..zaman sekolah menengah dari form 4 sampai form 5, fail ni lah yang selalu aku bawak pergi sekolah...(terpengaruh dengan budak perempuan yang selalu lekat poster bandboy westlife, bsb, nsync dekat fail dorang..hahaha)...fail ni juga pernah diancam oleh uztaz sekolah untuk dirampas dan dibakar...huruf T tu huruf depan nama pasukan bolasepak geng-geng aku di sekolah..(pinjam t undertaker)..tulisan corpsegrinder tu sebab terpengaruh dengan cannibal corpse...rojakkk....hahahaa. Sekian.

12 ulasan:

  1. klasik betul ceritanya.. hingga nampak fail tu trus fuuuhhh... masih simpan lagi ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa balik tawau thn lepas aku snap gambar file ni..kenangan

      Padam
  2. Class gitu file sekolah ko ye?
    Aku rasa, zaman sekolah dulu aku ada file satu, gambar kartun pumpkin Helloween. Heehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bro..zaman sekolah mesti ada pnya...ahahhaa

      Padam
  3. the trees bro... bkn hills

    lagu tema waktu balik kerja tgh2 malam awal 2000 dulu

    BalasPadam
  4. ko layan album terawal mercyful fate album 'Melissa' dengan 'dont break the oath'..2 album tu memang paling best,paling setan menyetan yang sebenarnya.heheh..immortal ke,hellhammer ke,gorgoth ke,sila ke tepi.ini betul old skool black/heavy metal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. album "melissa" pon ok jgk bro..tp aku plg minat album "don't break the oath" dan lagu fav di dlmnya semestinya lagu "a dangerous meeting" yg smp skrg masi dilayan(terima kasih rock at era yg memperkenalkan aku dkt merciful fate thn 2004)...kira dorg ni1st wave black metal kan..

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. aku tengah pelan2 kumpul KD/MF...

    aku zaman sekolah takder file...jenis conteng logo2 band kat beg sekolah ajer...tapi masa kat ITM ada...letak poster konsert Clash Of The Titans yang aku gunting dari majalah Metal Hammer...

    tapi kan...syok arr zaman dulu2 jenis boleh suruh kedai kaset test dulu sebelum beli...kalau lagu track 1 tu sedap...konpem terus beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. trick plg best guna dekat kedai kaset..test 3 beli 1..kalau ada duit lebih test 5 or lebih dan beli banyak sikit lah..tetapi formula 3-1 tu selalu digunakan....hahaha

      Padam