Terus terang aku cakap yang album ni adalah salah satu album kegemaran aku dan antara yang paling kerap aku mainkan. Sehingga hari ini album ni masih kekal menjadi playlist kegemaran aku. Aku mengenali band Impiety adalah melalui kaset kompilasi Panggilan Pulau Puaka Vol.3 sekitar tahun 2001. Melalui cover sleeve kompilasi tersebut dapatlah aku baca sedikit info tentang Impiety dan lagu yang dimuatkan dalam kompilasi tersebut adalah “nocturnized” yang diambil dari album ni.
Album Skullfucking Armageddon (SA) adalah album kedua Impiety yang diterbitkan sekitar tahun 1999 melalui label dari negara mereka iaitu Dies Irae Production dalam format digipak. Format kaset pula diterbitkan oleh label tempatan iaitu Psychic Scream Entertainment. Aku dapat memiliki versi CD keluaran Drakkar Productions (2000) dengan harga cekik darah..hahahaha Sebab pada masa tersebut (tahun 2010) memang susah nak dapatkan album ni dipasaran. Memang album ni menjadi buruan masa tu. Hanya selepas tahun 2011 baru lah label dari Poland, Agonia Records meriliskan kembali dalam bentuk digipak dan disusuli label tempatan Thrashingfist Production tahun 2011 dalam format jewel CD. Tengoklah betapa album ni menjadi buruan metalhead sehingga dirilis semula oleh label-label yang disebutkan.
Dari segi susunan muzik, memang amat ketara perbezaan dari rilisan EP Funeral light (1997) dan debut album asateerul awaleen (1996). Susunan muzik dalam album ni memang tidak membosankan, dengan gabungan elemen straight forward barbaric black metal dan riff-riff death metal ditambah pula dengan kelajuan tempoh brutal thrash ala-ala band amerika selatan (kuat pengaruh Sarcofago, Sextrash dan Sepultura era albuim Morbid Vision) menjadikan susunan muzik mereka lebih bervariasi berbanding dengan rilisan sebelumnya. Kesemua lagu dalam album ni memang menjadi track kegemaran aku dari awal track permulaan Lord of Apocalyspe sehinggalah ke lagu terakhir yang padat dengan elemen thrash metal iaitu Torment in Fire. Melalui album ni juga Impiety berjaya membuat persembahan jelajah di beberapa negara eropah sekitar tahun 2000.
Selepas kejayaaan menghasilkan album ni dan berjaya membuat persembahan live di Eropah, menyaksikan Impiety ditawarkan kontrak meriliskan album dibawah label yang terkenal iaitu Osmose Productions iaitu sekitar tahun 2001. Aku boleh kategorikan Impiety sebagai band Ekstrim Metal paling berjaya di Asia dan tidak hairan mereka sentiasa digelar Raja Black Metal Asia. Lihat sahaja setiap kali mereka membuat persembahan live di Malaysia dan Thailand, mesti akan menarik kehadiran penonton yang ramai.