Sebelum tahun 1997, Anal vomit merupakan band pure death
metal dari peru yang mana lirik-lirik lagu bertemakan gore. Selepas kemunculan
demo ketiga mereka iaitu”into eternal agony”, terdapat perubahan konsep muzik
yang mana muzik mereka lebih ke arah old school thrash/death/black versi
amerika selatan ala-ala Sepultura”morbid vision” . Begitu juga dengan
kemunculan ep”from Peruvian hell” pada tahun 2002 yang mana mereka membawakan
konsep muzik yang sama. Ep ini pada asalnya diterbitkan oleh label dari
Perancis iaitu Legion of Death Records, mengandungi 5 buah lagu dalam format 7
inch dan pada tahun 2011, diterbitkan semula dalam format cd melalui label
Rawforce Productions. Sudah semestinya kalau cetakan semula mesti ada track
bonus iaitu “temptation and pleasure(live)” dan “camara de toturas (mortuorio
cover)". Keseluruhan lagu dalam ep ni memang
menarik, yang mana element old death metal digabungkan dengan elemen brutal
thrash ala-ala Sextrash dan Sarcofago dan diselitkan dengan permainan solo
tremolo yang buas. Cuma sound dalam ep ni tidak lah seberat dan seganas debut
album mereka iaitu “demoniac flagellation”.
Label
METAL MALAYA
(23)
BORNEO EXTREME METAL
(10)
DISMEMBER
(5)
HEADBANGERS SCRIPTURES
(4)
SIL KHANNAZ
(4)
THRONEUM
(3)
ANAL VOMIT
(2)
AUTOPSY
(2)
CALLENISH CIRCLE
(2)
DEATHHAMMER
(2)
DEICIDE
(2)
ENTRAPMENT
(2)
HERRIOT
(2)
HUMILIATION
(2)
IN FLAMES
(2)
IRON MAIDEN
(2)
KAAMOS
(2)
KREATOR
(2)
LAVATORY
(2)
MEGADETH
(2)
MERCILESS
(2)
NECROTIC CHAOS
(2)
PROTECTOR
(2)
SODOM
(2)
SOILWORK
(2)
SUCCUBUS
(2)
SUFFERCATION
(2)
VERMINOUS
(2)
VOCIFERATION ETERNITY
(2)
AT THE GATES
(1)
BLIND CONFUSED
(1)
BRAINDEAD
(1)
DESASTER
(1)
DIMENSION ZERO
(1)
HYPNOSIA
(1)
IMPIETY
(1)
INSACRED
(1)
KALIYUGA
(1)
LIVE DEVASTATION
(1)
METALUCIFER
(1)
MIND SNARE
(1)
MORBID ANGEL
(1)
NARSAMUM
(1)
NECROMATION
(1)
NIGHTRAGE
(1)
NIHILIST
(1)
NUNSLAUGHTER
(1)
OBITUARY
(1)
PATHOGEN
(1)
PERPETUAL
(1)
PUNISHER
(1)
REPUGNANT
(1)
SAVAGE DEITY
(1)
SENSELESS
(1)
SENTENCED
(1)
SILENT DEATH
(1)
SLAYER
(1)
SLUM SCUM
(1)
Isnin, 26 Februari 2018
Rabu, 21 Februari 2018
DEATHHAMMER - Onward To The Pits
Negara Norway memang terkenal dengan band-band gergasi black metal namun pada era millennium, munculnya band-band thrash metal underground yang dahsyat-dahsyat dan menarik seperti Nekromantheon,Condor, Infant Death, Toxic Death dan semestinya Deathhammer. Sebelum era millenum, rasanya hanya Aura Noir dan Inferno sahaja band yang betul dikenali dalam scene thrash metal antarabangsa. Dalam ratusan band thrash metal yang wujud era millennium
ni, Deathhammer satu-satunya band yang betul-betul melekat dikepala aku. Aku
kenal band ni pun melalui free download demo mereka yang disertakan dalam
website rasmi band. Sebelum memiliki album ni, aku ada juga beli cd kompilasi "forever ripping fast". Yang pasti album ni memang menjadi buruan aku dan album ini merupakan album kedua mereka yang diterbitkan pada tahun 2012 oleh label Hells Headbangers Records. Ya, Deathhammer berasal dari Norway dan memainkan
irama thrash metal yang kotor dan ke arah lebih ke arah Teutonic Thrash Metal. Album ni memang cukup sifat thrash metalnya dan
kadang-kadang tempo lagu lebih laju dari irama thrash yang kadang-kadang lebih ke arah
death/thrash metal. Lagu permulaan bertajuk deaththrashing sacrifice
sebagai bukti kebuasan mereka dalam penciptaan lagu dengan kombinasi primitif thrash metal ala teutonic thrash yang digabungkan dengan tempoh kelajuan blastbeat drum. Keseluruhan album ni tidak lah menekankan kepada teknikal ataupun kelajuan permainan, tetapi yang pasti penciptaan riff-riff thrash metal yang ganas, agressif dan buas itu lah kunci utama permainan mereka dalam album ni.
Isnin, 19 Februari 2018
VOCIFERATION ETERNITY - Meadow's Yearn
Kalau tiada rilisan semula untuk album memang aku tak kan
dapat dengar lah album ni. Terima Kasih kepada Nebiula Production yang
meriliskan semula album ni. Pada asalnya album ni diterbitkan pada tahun 1999
dalam format cd dan kaset. Sekarang kalau nak cari dua-dua versi tu memang kena
sedia duit lebih lah…hahahaha Meadow’s Yearn adalah album kedua Voci dan dalam
album ni mereka masih mengekalkan irama Melodic Death Metal, sama seperti album
debut mereka. Cuma yang menarik untuk album kedua ini pada pendapat aku adalah
lagu-lagunya lagi sedap didengar berbanding album pertama. Susunan pukulan drum
juga lagi best dari album sebelumnya yang mana dalam album ni dimainkan oleh
dua drummer iaitu wira(necrotic Chaos) dan Ahjez(Langsuyr). Lagu-lagu seperti
“die is cast”, “ambrosia grace”, “burning steel” dan lagu instrumental “death
attack” memang senang melekat dikepala dengan riff2 melodik yang diadun dengan
kekerasan irama death metal. Siapa tak kenal Dark-E gitaris/vokal yang menjadi
tulang belakang dalam band Voci. Dengar sahaja hasil kerja beliau bersama Sil
Khannaz dalm album gerbang kayangan yang mana lagu-lagu dalam album tersebut
memang banyak susunan melodi…hahahaha Bagi aku album ni memang berbaloi
dimiliki oleh penggemar muzik ekstrim tempatan. Vociferation Eternity =
Malaysian melodic death metal.
Isnin, 12 Februari 2018
THRONEUM - Deathcult Conspiracy
Aku mengikuti perkembangan band ni sejak aku beli cd album
ketiga mereka iaitu “pestilent death” pada tahun 2007. Kalau rujuk pada diskograpi
band ni memang banyak rilisan dorang keluarkan sama macam band Sabbat dan Nun Slaughter. Memang tak
larat nak beli semua. Aku hanya beli album penuh sahaja. Album ni adalah
album ke 5 mereka dan diterbitkan pada tahun 2009. Memang banyak perbezaaan
jika dibandingkan dengan album-album yang sebelumnya. Untuk album ni,
kebanyakan lagu berentak agak perlahan dan ada elemen doom sikit. Pukulan blast beast drum pun kurang (macam 90% kurang). Senang cerita album ni memang kurang agressif dan kurang
buas. Rasanya hanya lagu “bloody sacrifice for the morning star” sahaja
yang betul-betul kena dikepala aku memandang hanya lagu tersebut sahaja yang
berentak laju. Mungkin Throneum nak cuba kelainan sikit dari rilisan-rilisan
sebelumnya. Sound dalam album ni macam biasa memang raw dan kotor tetapi kurang
berat. Terus terang aku cakap yang album ini adalah bukan album kegemaran aku. Dari segi packaging memang 100% terbaik, booklet tebal ada slipcase lagi...puas hati. Rasakan pukulan underground Old School Thrash/black/death metal bawaan Throneum.
Khamis, 8 Februari 2018
HUMILIATION - Dawn Of Warfare
Setelah kemunculan debut ep “face the disaster" pada tahun
2009, Humilation dengan pantasnya melahirkan debut album mereka iaitu “dawn of
warfare” pada sekitar tahun 2010. Boleh dikatakan mereka adalah band paling
aktif meriliskan material dalam sejarah muzik ekstrim metal tanahair. Macam
biasa, formulanya hampir sama dengan debut ep mereka dan yang pasti pengaruh
death metal Bolt Thrower memang tidak boleh dipisahkan dari Humiliation baik
dari segi susunan lagu, riff gitar, lirik dan imej mereka. Yang pasti keseluruhan album memang 100% bertemakan peperangan. Untuk debut album mereka, kualiti rakaman
memang memang berada pada tahap yang terbaik dan yang pasti lebih baik daripada
debut ep mereka. Riff-riff gitar pada tiap-tiap lagu juga menonjolkan kemampuan mereka
mencipta lagu death metal yang simple dan berat, yang mana lagu-lagu dalam album ni memang mudah
aku hadam berbanding lagu dalam ep mereka sebelum ini. Pertama kali aku menyaksikan
persembahan live mereka iaitu sekitar penghujung tahun 2011, venue kecil Rumah
api, ampang, memang aku teruja menyaksikan persembahan live mereka. Walaupun
venue kecil, tapi mereka boleh berikan 100% kepuasan kepada aku dan mungkin
juga penonton lain pada malam tu. Hail to death metal seluar
askar…hahahaha
Jumaat, 2 Februari 2018
VOCIFERATION ETERNITY - Ocean Myth
Salah satu band lama yang memberikan pengaruh kuat kepada
scene ekstrim metal tempatan. Sebut sahaja Vociferation Eternity atau Voci atau
VE pasti semua kenal band ni. Ditubuhkan sekitar tahun 1994 oleh salah seorang gitaris
ekstrim metal yang tidak asing lagi iaitu Dark E(Sil Khannaz, Necrotic Chaos) bersama-sama dengan dua orang ahli band
Langsuyr iaitu Batara Guru dan Azmaniak dengan memainkan irama muzik death
metal yang diadun bersama melodi lenggok kemelayuan . Kalau ikutkan sejarah, rasanya
Voci adalah band melodic death metal yang pertama wujud di bumi malaysia. Dulu
masa mula-mula berjinak dalam muzik ekstrim metal sekitar awal tahun 2001, Voci
memang aku tidak pernah tau pun kewujudannya. Terima kasih kepada majalah muzik
R.O.T.T.W yang memperkenalkan aku kepada band ini. Masa tu terdapat interview
band ni dan dalam masa yang sama mereka baru sahaja meriliskan ep "for
thee". Dapat juga lah sedikit info
tentang band ni. Album ni dikeluarkan sekitar tahun 1996 oleh label Nebiula
Production dalam format kaset dan di re-issue buat kali pertama pada 1999 dalam
format cd. Kedua-dua format tersebut memang dah soldout. Kalau ada yang jual
pun memang harga dah meningkat naik punya…hahahaha Rasanya atas permintaan
ramai, album ni sekali lagi di re-issue buat kali kedua pada tahun 2016 dalam
kuantiti yang terhad dan juga dengan cover album baru. Melalui re-issue tahun
2016 ni, dapat lah aku kumpul salah satu bahan sejarah muzik ekstrim metal
tempatan.
Langgan:
Catatan (Atom)