Untuk sejarah scene death metal malaysia yang telah wujud sekitar awal tahun 90'an, Suffercation adalah band death metal yang pertama merakamkan album iaitu melalui album "day of darkness" pada sekitar tahun 1992 melalui label lagenda tempatan Valentine Sound Production (VSP). Selepas itu muncul lah album-album lagenda death metal tempatan seperti Brain Dead "from the ecstacy" (1992), Sil Khannaz "conception of madness" (1993) dan Silent Death "before the sunrise" (1993) yang mana jualan tiap-tiap album tersebut mencecah lebih 20,000 salinan. Kira meriah juga scene death metal tempatan pada masa tu dan boleh dikatakan Malaysia merupakan satu negara penggerak scene death metal asia pada era tersebut.
Kalau nak diikutkan sejarah aku dengar muzik death metal, album ni agak lewat aku dengar berbanding dengan album Sil Khannaz, Brain Dead dan Silent Death yang mana aku hanya mendengar album ni sekitar tahun 2011 iaitu ketika album ni dirilis semula melalui label underground tempatan, Afterlife Production. Apa yang menarik pada cetakan semula tahun 2010 itu adalah cover album yang baru, booklet tebal, ada interview dan juga 1 lagu baru. Setakat ini, album ni sudah ada 4 versi iaitu versi asal kaset 1992(VSP), versi CD 2010(afterlife production), versi CD 2015(NSR) dan juga versi CDR digipak (blackwind production).
Salah satu kelebihan bila ada versi cetakan semula adalah ia dapat memberi semula peluang kepada para metalhead memiliki semula album ni, tidak kira generasi lama mahupun yang baru. Harga pun memang harga mampu milik iaitu sekitar rm20. Yer lah, kalau berniat nak beli versi cetakan asal iaitu versi kaset memang kena sediakan duit lebih. Dengar cerita kualiti bunyi dalam cd ni bukan diambil dari mastertape tapi dari kaset. Ada juga yang komplen sebab kualiti bunyi tidak memuaskan. Pada pendapat aku pula, telinga aku tiada masalah dengan kualiti bunyinya memandangkan semua lagu dapat didengar dengan jelas. Cuma dari segi booklet memang agak menghampakan, jenis lipat dua dan tengahny tiada cetakan (kosong). Bagi aku album ni wajib dimiliki oleh peminat muzik ekstrim metal tempatan memandangkan ianya merupakan kazanah terpenting dalam sejarah muzik death metal malaysia dan juga asia.
syukur lah kita diriliskan juga semula kan, kalau harap kan kasetnya memang harga yahudi lah jawapnya, mampu tengok. aku plan mau beli lagi dua album awal dorang ni. itupun kena beli juga sebab akan dijangka tiada rilisan semula lagi dari nsr haha
BalasPadamAda jugak beli cd ni.mmg frust la inlay sekeping je.
BalasPadamyang ni sound memang agak hampeh...
BalasPadam