Aku terdedah dengan zine xerox underground metal antarabangsa agak lewat iaitu sekitar tahun 2005 melalui zine Panzerfaust isu 4. Bila aku dapat memiliki zine ni memang pada masa tu perasaan aku terlalu membiak-buak dan teruja. Mana tidaknya, banyak info yang aku dapat melalui zine ni terutamanya band-band metal antarabangsa yang kurang dikenali dan masih lagi berstatus bawah tanah. Dengan membaca interview dan review sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan aku tentang scene metal diluar sana memandangkan internet belum lagi aku gunakan sepenuhnya(surf dekat kedai IT je masa tu dan itu pun terhad).
Zine Panzefaust ini berasal dari negara Poland dan isi kandungan tulisan semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Soalan-soalan interview yang dicipta oleh editornya memang detail, menarik dan tidak membosankan. Begitu juga dengan review-review cd dan zine yang diulas dengan kemas dan jelas. Melalui zine ini juga lah aku kenal band baru death metal dari Sweden seperti Necrovation yang pada ketika itu baru sahaja merilis debut demo mereka. Begitu juga dengan band Evocation, band death metal yang juga berasal dari sweden, yang mana band ini telah lama wujud iaitu sekitar awal 90'an. Lain-lain interview dalam zine ni adalah Paganizer, Atomizer, Nocturnal Vomit, Bloody Sign, 9th Plague dan beberapa lagi band-band extrim metal yang kurang dikenali. Sedar tak sedar zine ni sudah pun mencecah 12 tahun dalam simpanan aku.
Tq sebab share.zine diorang pun isi dlm dah mcm majalah metal hammer.
BalasPadam