Rabu, 26 Julai 2017

MEGADETH - Capitol Punishment: The Megadeth Years


Aku bermula dengan muzik Megadeth agak lewat iaitu sekitar tahun 2001, iaitu dimana semua kegilaan aku terhadap muzik metal bermula pada tahun tersebut. Sebelum ini, aku hanya mendengar band Iron Maiden dan Metallica. Lagu pertama Megadeth yang aku mula-mula dengar adalah lagu train of consequences melalui videoklip dari vcd cetak rompak koleksi-koleksi band heavy metal. Kaset ni pula aku dengar melalui rakan sekampung aku yang mana pada masa tersebut dia juga pengumpul kaset-kaset metal. Dia beli kaset ni tahun 2002 dan aku apa lagi tumpang pinjam lah...hehehehe Hanya sekitar tahun 2005 baru lah aku beli sendiri kaset ni.


Salah satu faktor yang menyebabkan aku membeli kaset ni adalah disebabkan terpengaruh dengan kawan karib aku masa dekat UiTM. Masa tu dia bawa tape album rust in peace dan mainkan tape tersebut dekat bilik dorm kitaorang. Macam biasa lah dia menunjukkan skil bermain gitarnya dengan memainkan lagu holy wars..punishment due dan tornado of soul. Lagi satu lagu a tout le monde yang dia mainkan sememangnya lagu kegemaran aku...hahahaha Biasa lah chorus berlirik bahasa perancis yang menjadi penyebab aku tertarik dengan lagu tu.


Berbalik kepada kompilasi ni, rasanya kira kurang lengkap juga lah seleksi lagu-lagu terbaik yang terdapat dalam kompilasi ni hanya lagu holy wars..punishment due, hangar 18, train of consequences, sweating bullet, peace sells, symphony of destruction dan a tout le monde. Gambar band pun tiada, memang menyakitkan hati. Kalau peminat baru yang baru nak kenal megadeth memang malang lah sebab tak nampak muka line up megadeth...hahahah Yang ada hanya gambar album dan juga lirik-lirik lagu. Rasanya kalau hardcore fan megadeth memang kurang gemarkan album kompilasi ni...hahahaha.


Yang menariknya bagi aku tentang album kompilasi dalam album ni adalah disertakan dengan bonus dua lagu baru khas untuk kompilasi ini iaitu lagu kill the king dan dread and the fugitive mind. Kedua-dua lagu tersebut sampai hari ini sentiasa menjadi lagu kegemeran aku. Lagu dread and the fugitive mind pertama kali aku dengar melalui konsert vcd cetak rompak live rude awakening yang aku beli pada tahun awal tahun 2002. Pada pendapat peribadi aku, kaset ni merupakan sejarah koleksi peribadi terpenting aku sepanjang aku meminati band megadeth. Yang pasti, tahun ini merupakan sejarah terpenting bagi aku kerana dapat menyaksikan megadeth beraksi live di depan mata aku pada 4 julai 2017 di Kuala Lumpur. Sekian.


niat asal nak beli dethpit zone, tapi malangnya zone tu dah soldout. Rock zone pun jadilah asal dapat tengok depan mata.


Selasa, 11 Julai 2017

PANZERFAUST #4


Aku terdedah dengan zine xerox underground metal antarabangsa agak lewat iaitu sekitar tahun 2005 melalui zine Panzerfaust isu 4. Bila aku dapat memiliki zine ni memang pada masa tu perasaan aku terlalu membiak-buak dan teruja. Mana tidaknya, banyak info yang aku dapat melalui zine ni terutamanya band-band metal antarabangsa yang kurang dikenali dan masih lagi berstatus bawah tanah. Dengan membaca interview dan review sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan aku tentang scene metal diluar sana memandangkan internet belum lagi aku gunakan sepenuhnya(surf dekat kedai IT je masa tu dan itu pun terhad).


Zine Panzefaust ini berasal dari negara Poland dan isi kandungan tulisan semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Soalan-soalan interview yang dicipta oleh editornya memang detail, menarik dan tidak membosankan. Begitu juga dengan review-review cd dan zine yang diulas dengan kemas dan jelas.  Melalui zine ini juga lah aku kenal band baru death metal dari Sweden seperti Necrovation yang pada ketika itu baru sahaja merilis debut demo mereka. Begitu juga dengan band Evocation, band death metal yang juga berasal dari sweden, yang mana band ini telah lama wujud iaitu sekitar awal 90'an. Lain-lain interview dalam zine ni adalah Paganizer, Atomizer, Nocturnal Vomit, Bloody Sign, 9th Plague dan beberapa lagi band-band extrim metal yang kurang dikenali. Sedar tak sedar zine ni sudah pun mencecah 12 tahun dalam simpanan aku.



Isnin, 3 Julai 2017

SUFFERCATION - Day Of Darkness


Untuk sejarah scene death metal malaysia yang telah wujud sekitar awal tahun 90'an, Suffercation adalah band death metal yang pertama merakamkan album iaitu melalui album "day of darkness" pada sekitar tahun 1992 melalui label lagenda tempatan Valentine Sound Production (VSP). Selepas itu muncul lah album-album lagenda death metal tempatan seperti Brain Dead "from the ecstacy" (1992), Sil Khannaz "conception of madness" (1993) dan Silent Death "before the sunrise" (1993) yang mana jualan tiap-tiap album tersebut mencecah lebih 20,000 salinan. Kira meriah juga scene death metal tempatan pada masa tu dan boleh dikatakan Malaysia merupakan satu negara penggerak scene death metal asia pada era tersebut.


Kalau nak diikutkan sejarah aku dengar muzik death metal, album ni agak lewat aku dengar berbanding dengan album Sil Khannaz, Brain Dead dan Silent Death yang mana aku hanya mendengar album ni sekitar tahun 2011 iaitu ketika album ni dirilis semula melalui label underground tempatan, Afterlife Production. Apa yang menarik pada cetakan semula tahun 2010 itu adalah cover album yang baru, booklet tebal, ada interview dan juga 1 lagu baru. Setakat ini, album ni sudah ada 4 versi iaitu versi asal kaset 1992(VSP), versi CD 2010(afterlife production), versi CD 2015(NSR) dan juga versi CDR digipak (blackwind production).


Salah satu kelebihan bila ada versi cetakan semula adalah ia dapat memberi semula peluang kepada para metalhead memiliki semula album ni, tidak kira generasi lama mahupun yang baru. Harga pun memang harga mampu milik iaitu sekitar rm20. Yer lah, kalau berniat nak beli versi cetakan asal iaitu versi kaset memang kena sediakan duit lebih. Dengar cerita kualiti bunyi dalam cd ni bukan diambil dari mastertape tapi dari kaset. Ada juga yang komplen sebab kualiti bunyi tidak memuaskan. Pada pendapat aku pula, telinga aku tiada masalah dengan kualiti bunyinya memandangkan semua lagu dapat didengar dengan jelas. Cuma dari segi booklet memang agak menghampakan, jenis lipat dua dan tengahny tiada cetakan (kosong). Bagi aku album ni wajib dimiliki oleh peminat muzik ekstrim metal tempatan memandangkan ianya merupakan kazanah terpenting dalam sejarah muzik death metal malaysia dan juga asia.