Selasa, 18 Oktober 2016

Api fanzine #3


Aku ingat lagi sekitar tahun 2005, masa nak daftar semesta baru di uitm sabah, hari sebelum pendaftaran aku ada berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu dan bergegas ke KK plaza semata-mata untuk membeli barangan metal. Dekat sana ada dua buah kedai yang menjual barangan metal seperti cd, kaset, tshirt, patches dan zine. Nama kedai tu Goblinz dan Helloween yang kedua-duanya terletak bersebelahan antara satu sama lain. Aku beli zine ni dekat kedai Goblinz, sekali dengan zine Brutallica(cover band Dismember) dan sudah semesti dijadikan bekalan bahan bacaan dalam dalam bilik asrama nanti.


Sebelum ni iaitu sekitara tahun 2003, aku pernah pinjam dan baca zine MAD iaitu sebuah zine lama dari sabah dan keadaan zine tersebut memang sangat-sangat usang sampaikan aku tiada mood nak baca...hehehehe. Dengan harga RM7 dan bersaiz A3 aku dapat beli senaskah zine hitam putih yang menggunakan teknik "cut n paste" yang juga merupakan zine pertama yang aku miliki.


Secara jujurnya aku memang tidak menahu tentang kewujudan zine ni sehinggalah aku membelinya.hahaha Kalau nak diikutkan sekitar tahun 2005 rasanya aku banyak beli majalah metal berwarna. Disebabkan zine ini juga lah buatkan aku berniat untuk beli dan kumpul zine. Almaklum lah sebelum ni hanya banyak baca majalah metal mainstream sahaja dan memang rugi lah masa tu aku baru tau nikmat membaca zine bawah tanah ni.

Dalam zine ni memuatkan interview berbahasa inggeris bersama Antacid, Toxic Death, Desaster, Throneum, Nocturnal Vomit, Bullet, Estuary, Volcano dan beberapa lagi band yang rata-ratanya semua berstatus bawah tanah. Rasanya hanya band Antacid sahaja yang berasal dari Malaysia manakala selebihnya band luar. Melalui zine ni lah aku kenal band Throneum, Desaster dan juga band Antacid. Review-review dalam zine ni juga banyak membantu aku dalam mendapatkan info-info band yang selama ini aku tidak tahu kewujudan mereka.


Pada tahun 2009 akhirnya aku berjumpa sendiri face to face dengan editor zine ni iaitu ketika gig Braindead di Sabah. Sebelum ni aku hanya mengenali beliau melalu online(beliau selalu jual barangan metal dekat forum metal to metals). Banyak juga lah koleksi cd-cd metal aku beli semasa aku masih lagi tinggal di Sabah. Beliau memang seorang diehard dalam mengumpul barangan metal dan tidak hairan lah jika zine yang beliau hasilkan memang berkualiti.

Bagi aku zine ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh maniak dari Sabah dan juga Malaysia rasanya kerana aku sukakan cara editornya menghasilkan soalan-soalan yang detail, review-review stuff yang jelas dan juga kekemasan zine ini disusun, cetakan yang jelas dan menjadikannya zine yang berkualiti. Sedar tak sedar zine ni sudah berusia 11 tahun. Bagi aku memang tidak sia-sia zine ini dijadikan koleksi simpanan peribadi aku.




Rabu, 12 Oktober 2016

HUMILIATION - Face The Disaster


Waktu cd ep ini dikeluarkan iaitu sekitar tahun 2009, aku memang tidak tahu menahu tentang kewujudan band Humiliation. Tahun tersebut aku selalu ulang alik dari Tawau ke KL (masa tu kemaruk dating dengan ex-girlfriend aku yang sekarang dah jadi isteri aku..hahahaha). Bila datang KL je memang aku akan singgah ke Kompleks Campbell untuk beli barangan metal. Kebetulan masa tu, ep ni telah dikeluarkan dan dijual di Kedai Nebiula Heavy Metal dan tanpa pikir panjang aku terus beli cd ep ni walaupun aku tidak kenal Humiliation. Tengok logo band, cd dan logo label Nebiula memang sah aku yakin band ni...hahahahaha


Bila balik rumah aku (tawau) tanpa berlengah aku terus pasang cd ni dan dengan lagu pertama dah membuktikan yang band Humiliation memang band death metal yang mainannya mirip Bolt Thrower. Sebut pasal Bolt Thrower aku memang dah biasa dengan band ni memadangkan dulu masa belajar dekat UiTM, aku ada seorang sahabat karib yang fanatik dengan Bolt Thrower dan dialah yang memperkenalkan aku dengan band lagenda death metal dari UK. Masa mula-mula dengar lagu-lagu dalam ep ni aku rasa biasa-biasa sahaja dan tiada apa yang menarik pun. Cuma yang menarik perhatian aku adalah kualiti rakamannya memang terbaik yang diadun di studio di luar negara.


Sedar tak sedar sekarang Humiliation sudah pun mempunyai 7 buah album dan pernah melakukan persembahan life di Asia Tenggara, Jepun dan beberapa negara Eropah. Band ni merupakan satu-satunya band tempatan yang paling aktif dari segi mengeluarkan material lagu dan juga persembahan life. Band ni setiap kali keluar album memang aku akan beli. Aku tak kisah pun orang cakap yang band ni klon Bolt Thrower, kerana bagi aku asal muziknya sedap dan kena dikepala memang semua tu boleh diketepikan. Lagipun zaman millenium ni orang dah tak kisah sangat klon mengklon ni.





Jumaat, 7 Oktober 2016

KAAMOS


Album debut self title Kaamos ni aku beli pada tahun 2009 iaitu setelah 3 tahun band ini dibubarkan. Bagi yang belum mengenali band ini, mereka ditubuhkan pada tahun 1998, berasal dari Sweden dan memainkan irama death metal. Walaupun berasal dari sweden, namun muzik death metal yang mereka bawakan tidaklah seratus peratus kearah lagenda band death metal dari sweden yang terkenal dengan trademark bunyi gitar swedish buzzsaw sepeti band lagenda Entombed, Dismember dan Grave. Kalau didengar memang ada sedikit campuran pengaruh US death metal ala-ala Morbid Angel lama( era album Altar dan Blessed) dan juga Sadistic Intent. Kedua-dua gabungan tersebut lah menjadikan muzik Kaamos sangat berbeza dengan band-band baru yang membawakan genre death metal di era penghujung 90'an dan awal tahun 2000.


Sudah semestinya wabak "New Wave Swedish Death Metal" atau"Retro Swedish Death Metal" yang wujud pada era millenium amat sinonim dengan band Kaamos dan begitu juga dengan dua lagi band yang sebaya dengan kewujudan mereka iaitu Repugnant dan Verminous. Untuk info, anggota Kaamos iaitu Karl Envall(bass) dan Chris Piss(drum) turut bermain dalam band Repugnant. Sayangnya band Kaamos hanya bertahan tidak sampai sedekad (1998-2006) dan hanya sempat meriliskan dua album. Album ini dikeluarkan pada sekitar tahun 2002 dibawah label Candlelight records. Bagi penggemar muzik death metal memang tiada masalah untuk menghadam lagu-lagu dalam album ni kerana ianya dijamin 100% death metal yang mempunyai kuat aurat death metal klasik era awal 90'an.



Rujukan dalam blog ni:

Kaamos - scales of leviathan