Jumaat, 8 April 2016

PATHOGEN - Lust Of Evil

Band Pathogen ni berasal dari negara jiran kita iaitu Filipina, ditubuhkan sekitar tahun 2001 dan memainkan irama death metal. Aku mengenali band ni melalui fanzine-fanzine metal tempatan melalui interview dan review rilisan mereka. Kaset ni pun diriliskan oleh label underground tempatan iaitu Afterlife Production terhad kepada 300 keping cetakan manakala versi cd pula diriliskan oleh label luar iaitu Old Temple Records.Apa yang menarik dalam kaset ni adalah terdapat lagu cover "rites of the tyrants" dari lagenda death metal tanah air iaitu band Brain Dead. Keseluruhan lagu dalam kaset ep ni sangat kuat pengaruh old school death metal dari Autopsy , Possessed, old Morbid Angel dan semestinya ada pengaruh thrash Slayer dan old Sepultura. Setakat ni Pathogen telah pun meriliskan 3 album penuh dan pendapat peribadi aku mengatakan setakat ini Pathogen adalah satu-satunya band death metal yang terbaik berasal dari negara Filipina dan amat jarang sekali kita mendengar kewujudan band-band metal disana. Kalau ada pun memang sangat sedikit jumlahnya berbanding dengan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Bagi peminat death metal memang tak rugi dan berbaloi kalau memiliki kaset ni.


6 ulasan:

  1. menarik infonya, ni rupanya band yang bawa cover lagu BD tu.

    BalasPadam
  2. Ada jugak band death metal pinoy.menarik ni

    BalasPadam
  3. Ada jugak band death metal pinoy.menarik ni

    BalasPadam
  4. sebut Filipina terus ingat Death Angel...

    BalasPadam