Selasa, 24 November 2015

NARSAMUM - Blasphemy...Revenge...Reincarnation

Pertama kali aku kenal band Narsamum iaitu pada tahun 2001 melalui kaset ep "dream of death" yang aku pinjam dari abang sepupu aku. Terus terang aku cakap yang kaset ep tu memang tidak menarik minat aku terhadap band Narsamum. Mungkin disebabkan kualiti rakaman ep tersebut yang aku rasa macam teruk...hahahaha Hanya sekitar tahun 2005 baru aku minat balik band Narsamum ni selepas mendengar cd kompilasi panggilan pulau puaka vol 2 melalui lagu "hellfire". Memang jauh beza kualiti rakaman lagu tersebut dengan ep "dream of death". Dengan bukti kewujudan demo ni yang dirilis sekitar tahun 1993, rasanya band ni merupakan band terawal death metal untuk negeri Johor. Demo ni diriliskan semula oleh drummer Narsamum iaitu pada tahun 2012 melalui format cdr dalam kuantiti yang terhad iaitu 100 keping. Aku bila dapat berita tentang rilisan semula demo cdr melalui facebook, terus order la jawabnya. RM15 sekali poslaju...hahahaha Dapat juga aku iaitu salah seorang generasi metal era millenium ni memiliki demo klasik ni. Harap-harap nanti adalah label yang berminat untuk keluarkan lagi demo ni dalam format kaset profesional.

4 ulasan:

  1. klu keluar fomat kaset, ada bajet lebih aku pun nak sambar.. hehe

    BalasPadam
  2. Awal 90an dulu aku pernah berkawan baik dengan Masuri ex-Narsamum. Beliau adalah antara watak utama underground scene JB ni...tapi lepas tu aku pindah KL dan lost kontek....jumpa balik rupa2nya kerja satu building cuma lain2 tingkat....sayangnya aku tak pernah pun ada rilisan dari Narsamum ni...

    BalasPadam