Isnin, 23 November 2015

SOILWORK - Natural Born Chaos

Kaset ni pernah aku lihat di rak kedai kaset (nama kedai tu Top Ten yang terletak di bandar tawau) semasa aku sedang mencari nak beli kaset-kaset metal iaitu pada sekitar tahun 2002. Maklumlah masa duit dalam poket dah cukup RM25 hasil dari simpanan duit belanja sekolah...hahahaha. Masa tu memang aku tak tau apa-apa tentang band Soilwork. Hanya dengan tengok logo kaset keluaran Nuclear Blast dan dilesenkan oleh Psychic Scream Entertainment untuk pasaran malaysia, aku dapat agak yang band ni memang band Metal..hahahaha(masa tu ilmu memang terlalu cetek). Disebabkan nama Soilwork dan logo yang tak nampak metal, aku mengambil keputusan untuk membeli kaset album Cannibal Corpse "gore obsessed" memandangkan aku dah kenal dengan Cannibal Corpse...hahahaha Bila dua minggu kemudian bila aku nak beli kaset ni semula memang melepas lah...Tak tau lah sapa yang beli. Ada juga orang lain di Tawau minat Soilwork...heheehe
Kaset ni sekali aku beli dengan kaset album " a predator's potrait" yang di jual longgok 3 keping rm10..hahahaha Jual murah memang aku beli terus. Album ni pun aku dah dengar masa dekat UiTM melalui classmate aku yang seorang peminat melodic death metal...hahahaha Album ni memang tak banyak beza dengan album "a predator's potrait". Cuma album ni susunan muziknya lebih moden sikit dengan clean vocal dan macam dah nak ke arah Nu-Metal. Sebab itu aku lebih suka album predator yang aku rasanya lagi berat sikit keseluruhan lagunya. Aku tiada masalah nak dengar album ni. Kira album ni aku boleh layan lah. Kalau era 90'an irama Melodic Death Metal berjaya menarik pengemar muzik metal dengan album-album klasik seperti "the jester race", "the galery" dan "slaughter of the souls"..era millenium ada album "Natural Born Chaos" sebagai penyambung legasi.

4 ulasan:

  1. tak perna dgr album ni. predator saja perna dgr.

    BalasPadam
  2. soilwork ni selalu ternampak pasal band ni terutama di majalah2 tapi tak pernah nak ambik tahu

    BalasPadam
  3. masuk era millenium banyak betul band2 metal yang berexperimen...dorang ni lebih kurang macam In Flames la...mula-mula tak berapa nak masuk sangat....tapi bila dengar banyak2 kali...kira ok jugak la...

    BalasPadam
  4. Cannibal Corpse sampai sekarang brutal.. dan sedappp wehhh

    BalasPadam