Khamis, 5 November 2015

IN FLAMES - lunar strain /subterranean

Pada sekitar tahun 2002, aku diperkenalkan dengan satu lagi cabang genre death metal yang pertama kalinya aku dengar iaitu Melodic Death Metal. Pada masa tu rasanya aku terbaca artikel melalui majalah tentang cabang muzik death metal(maklumlah dah lebih setahun aku terlalu taksub dengan genre Death Metal). Sebelum ni aku hanya tahu setakat Death Metal dan cabangnya yang lagi ganas iaitu Brutal Death Metal. Jadi bila dah diperkenalkan dengan genre Melodic Death Metal, secara automatiknya terjumpa lah band-band yang terkenal seperti In Flames, At The Gates dan Dark Tranquillity dan juga studio rakaman yang terkenal iaitu Studio Fredman.
Setelah membuat sedikit rujukan, maka hati tergerak nak dapatkan album-album band tersebut. Tapi misi gagal disebabkan kesukaran aku untuk mendapatkannya (masa tu duduk area tawau memang susah sangat nak dapatkan). Nasib baik ada seorang jiran aku yang berjaya meminjam kaset In Flames album " The Jester Race" dan kaset  dubbing album "Whoracle" dari sahabat sekolahnya. Masa tu dia juga bernasib baik kerana dapat membeli sekeping kaset In Flames album "colony" yang satu-satunya dijual di kedai kaset area tawau. Jadi maknanya terpaksa aku meminjam lag...hahahaha Rasanya pada bulan september 2002 baru aku berpeluang beli kaset album "Colony" di Kota Kinabalu, iaitu semasa menghadiri kenduri majlis kahwin makcik aku. Album Lunar Strain pula aku beli sekitar tahun 2004, iaitu semasa masih menuntut di UiTM KK. Aku beli versi cetak rompak cdr je. Baru tahun ni sahaja aku dapat beli yang original. Ada duit sikit melaburlah beli yang original..Kira 10 tahun juga lah jaraknya aku upgrade album ni dari versi cdr ke versi ori.(album ni ditinggalkan disebabkan aku hanya fokus dengan old school death metal terutamanya dari stockholm..hahahaha)

Album Lunar Strain ni adalah album pertama In Flames dan muziknya 100% berbeza dari In Flames yang kita kenal hari ni. Album ni merupakan salah satu cabang/asal-usul akar genre Melodic Death Metal yang sezaman dengan album At The Gates" Terminal Spirit Disease" dan Dark Tranquillity " Skydancer ". Band-band ni adalah pelopor utama genre Melodic Death Metal yang juga digelar Gothenburg Sound/Gothenburg Death metal memandangkan semua band tersebut berasal dari Gothenburg,Sweden. Pernah aku terbaca interview bekas gitaris In Flames yang juga pengasas band ni, iaitu Jesper Stromblad yang memberitahu bahawa semasa diawal penubuhan In Flames, beliau hanya ingin mencipta muzik death metal yang digabungkan dengan melodi New Wave of British Heavy Metal yang sehingga kini kita kenali sebagai Melodic Death Metal. Satu lagi fakta yang penting adalah kesemua album klasik Gothenburg Death Metal termasuk demo dan album Lunar Strain dirakamkan di Fredman Studio. Kalau Stockholm boleh berbangga dengan hasil rakaman Sunlight Studio, Gothenburg pula ada Fredman Studio.
Album ni dikeluarkan pada tahun 1994 melalui label dari Sweden, Wrong Again Records. Versi cd yang aku miliki ni adalah versi cetakan semula tahun 1999 yang digabungkan sekali dengan EP subterranean 1995 melalui label Regain Records( rasanya label yang sama iaitu Wrong Again Records dan cuma tukar nama je...hahaha). Kalau lagu-lagu dari album lunar strain lebih kepada gabungan melodi death metal dan muzik folk sweden, ep subterranean pula banyak pengaruh speed metal. Vokalis memang berbeza dimana album lunar strain dinyanyikan oleh Mikael Stanne(Dark Tranquillity) manakala ep subterranean dinyanyikan oleh vokalis Henke Forss(Dawn). Zaman Lunar Strain / Subterranean ni adalah zaman In Flames hanya berstatus side project band sehingga lah terhasilnya album kedua mereka iaitu "The Jester Race". Kalau ada yang baru nak kenal In Flames rasanya lebih elok dengar album ni jika selera anda bukanlah penggemar muzik moden. Album era millenium rasanya boleh diabaikan dulu kerana dikhuatiri anda akan kecewa nanti...hahahaha

3 ulasan:

  1. aku start dengar In Flames dari Clayman...lepas tu baru kebelakang...tapi album Reroute to Remain dan ke atas memang susah sikit nak hadam...

    BalasPadam
  2. haha klu aku disandakan tu, hanya mampu dgr rumah kawan saja lagu2 metal bro, terhad sgt juga di kg ku metalhead, hanya ada 2 org, itu pun lebih ke arah black metal. baju seminggu pakai baju venom welcome to hell. hahaha.. sampai kl baru aku mula membeli kaset2metal, itu pun sbb promosi rm10 3pcs longokan, macam2 jenis muzik metal terbeli. vsp punya label. utk band in flames aku ingatkan band symponic metal. baru tahu, main melodic death metal. hehe

    BalasPadam
  3. Sweden. Macam2 band metal pelik2.. Shining satu contoh dengan perangai penyanyi dia. Sweden ada Abba hehehe. Sweden ada Lost Horizon. Sweden ada Roxette, dan legenda nye dari peminat2 Iron Maiden satu dunia ialah kena tengok show Maiden kat sana. Betul2 suasana gemilang.

    BalasPadam