Selasa, 17 November 2015

HERRIOT - Celestial Obelisk

Gara-gara terpengaruh dengan genre muzik Melodic Death Metal pada sekitar tahun 2002, salah satu band yang menjadi perhatian aku pada masa tersebut adalah band Herriot yang berasal dari negeri Kedah. Aku kenal band ni pun melalui kompilasi kaset panggilan pulau puaka part 1 volume 3 yang aku pinjam dari rakan sekolah. Yang bestnya aku dihadiahkan katalog hitam/putih label psychic scream yang cover depan adalah ep Herriot "celestial obelisk". Mungkin sebab rakan aku ni memang bukan seorang metalhead, jadi dia bagi lah dekat aku memandangkan katalog tersebut adalah pemberian dari abang beliau..hahahaha
Cuma masalah yang aku hadapi bila duduk area tawau adalah masalah sukar nak dapatkan ep ni. Kalau ada pun mungkin hanya ada sekeping sahaja. Nasib lah sapa yang duduk area tawau terpaksa berebut...hahahaha \Kaset EP ni pun aku beli pada hujung tahun 2003 di Kota Kinabalu iaitu semasa menuntut di UiTM. Aku ingat lagi EP ni antara yang kerap aku main semasa dalam bilik asrama dan juga sebelum kuliah bermula. Bawak Walkman dan dengar kaset sambil menunggu pensyarah masuk bilik kuliah..hahahaha. CD aku beli masa aku dah berhijrah dekat KL, beli dekat Campbell Kompleks.
Lagu-lagu dalam EP ni memang senang nak hadam dan aku boleh ingat dikepala semua riff-riff  dan melodi lagu-lagunya. Harmoni duo gitar ala-ala Iron Maiden memang sedap sangat didengar berkali-kali..hahahaha Cuma part-part keyboard tu yang pada aku rasanya macam tak kena dengan lagu. Lagi sedap kalau tiada keyboard..hahahaha Band ni pernah mendapat gelaran "In Flames Malaysia" dan tidak hairan lah dalam thanklist ep ni dinyatakan bahawa In Flames adalah sumber inspirasi utama band Herriot. Dengar cerita EP antara yang terlaris pernah dijual oleh label Psychic Scream. Salah satu koleksi klasik band metal malaysia yang berbaloi untuk dimiliki. Selepas kelahiran  EP ni, Herriot berjaya menghasilkan debut album iaitu "transworld chaos" pada tahun 2001 dan selepas tu rasanya band ni dibubarkan. MELODIC DEATH METAL MADE IN MALAYSIA!!!!


7 ulasan:

  1. rasanya aku perna ada kaset ni, ntah lah masih ada dalam simpanan atau sudah di lelong hari tu, muzik dorang ni mmg sedap bertenaga laju, aku pun tahu band ni dari kompilasi PPP juga.. yey...

    BalasPadam
  2. Aku tau band ni pun dari kaset PPP jugak.taktau pulak yg diorang ada ep

    BalasPadam
  3. Nice review. Tulisan dari peminat la yang betul2 mengujakan dan buat pembaca nak tahu lebih. Aku suka part Tawau metal fans tu susah nak carik material original zaman awal 2000 tu

    BalasPadam
  4. wah siap mc/cd tu

    aku ada kaset Transworld Chaos jek

    BalasPadam
  5. aku bukak youtube...cuba lagu Till The Season Ends...pergh!..sedap jugak ni..

    BalasPadam
  6. Second rilis diowg transworld chaos mcm kurang menjadi sket...tp cover transworld chaos cantik...

    BalasPadam
  7. X bubar cuma berehat setelah Guitar Utama dia Allahyarham Abg Lan Telah pergi buat selama lamanya mngadap ilahi...

    BalasPadam