Isnin, 11 Mei 2015

VERMINOUS - impious sacrilege

Entri blog yang lepas aku ada review ep band ni..RUJUK SINI. Album ni diterbitkan sekitar tahun 2003 dan aku hanya dapat beli kaset album ni hanya pada tahun 2014 dan cd pula dibeli sekitar januari 2015. Aku pula mengenali Verminious hanya tahun 2005( kira 9 tahun juga aku ambil masa beli album ni dan sampai dorang keluarkan album kedua..hahaha). Salah satu band yang wujud pada era kebangkitan semula swedish death metal pada era millenium dan seangkatan dengan KAAMOS dan REPUGNANT. Bagi aku sound VERMINOUS dan band-band tersebut memang sangat berbeza dengan gergasi swedish death metal yang popular pada era 90'an. Untuk album ni rasanya formula sound mereka memang tidak banyak beza dengan EP mereka iaitu "smell the birth of death". Cuma  sound/rakaman dalam EP lebih raw berbanding album ni. Untuk versi kaset, label tempatan iaitu Narroward Production mengeluarkannya dalam kuantiti yang terhad. Memang senang lah nak order sebab label tempatan yang keluarkan. Label iklankan je pasal tape ni terus aku order dengan segera..hahahaa Dulu cd album ni memang sukar nak dapat disebabkan cetakan pertama sudah sold out. Yang aku dapat ni pun hanya cetakan semula yang ada extra lagu-lagu bonus.(1 lagu cover band Autopsy dan 2 lagu live). Aku beli cd ni dengan harga yang sangat-sangat murah iaitu rm35 ambil sendiri dari tangan pemilik salah satu distro tempatan. Jimat!!! hahaaha.


4 ulasan:

  1. Rm35 ok la tu..tapi kalo mcm band yg aku minat,mmg aku tak kisah sngt pasal harga.

    BalasPadam
  2. berbaloi.. aku berurusan ngan lokal ja, luar aku tak pandai. ngan turun ke gig2 kadang2 jumpa juga apa yang kita cari. kejap lagi aku nak test dgr kat utube band ni.

    BalasPadam
  3. Wow! nak kena check band ni!! Narroward Kult memang best! Selalu berurusan dengan dia untuk dia carikan stuff2 dari luar hehehe!

    BalasPadam