Selasa, 28 April 2015

METALUCIFER - heavy metal drill

Aku bukanlah seorang peminat tegar band Metalucifer tetapi album heavy metal drill ni boleh lah dikategorikan antara album kegemaran aku. Suara vokalisnya memang tak sedap(rasanya trademark paling penting untuk band ni) tetapi lagu-lagu dorang memang sentiasa melekat dikepala. Aku kenal band ni hanya sekitar tahun 2006 iaitu melalui sebuah gig metal di Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu band grindcore Negation dan Farasu datang untuk buat persembahan pertama kalinya di Sabah. Band-band lain yang turut serta dalam gig tu kalau tak silap aku band Blind Confused, Vicious Entity dan Medievel Slave. Persembahan untuk gig tersebut adalah band Medievel Slave dan lagu pembukaan untuk mereka sudah pastinya lagu cover dari band Metalucifer iaitu "heavy metal drill" yang sudah pasti menarik perhatian aku dan metalhead yang yang hadir pada hari tu. Bayangkan persembahan pembukaan sudah dapat menarik ramai orang untuk headbanging bersama. Masa tu memang aku tak tau lagi lagu cover dan adalah salah seorang metalhead bagitau aku yang lagu mereka perform tu adalah lagu cover dari Metalucifer. Sejak hari tu aku dah tertarik dengan band Metalucifer. Kiranya band Medievel Slave lah yang memperkenalkan aku terhadap band Metalucifer. Medievel Slave sampai sekarang aku tak tau status band ni. Rasanya  dah tutup buku.
Album ni dulunya  pertama kali aku dengar melalui cdr cetak rompak yang aku pinjam dari kawan aku. Dulu memang susah nak dapatkan material Metalucifer jika anda bukan kaki snailmail. Duduk area tawau lagi parah lah jawabnya..hahahaha Tahun 2009-2011 ada distro tempatan jual album ni tetapi masa tu aku punya listing nak beli benda lain memang penuh.( Masa tu tengah kumpul cd band death metal). Album  cd ni pun aku baru beli tahun lepas iaitu semasa tour band Sabbat di Asia Tenggara. Yelah kan frontman Sabbat dan Metalucifer adalah orang yang sama. Jadi sudah semestinya ada barang metalucifer akan dijual sekali dengan barang Sabbat Aku beli masa gig Sabbat dekat Rumah Api dengan harga yang sangat murah iaitu rm25. Yang aku dapat ni rasanya versi cetakan semula Iron Pegasus Records tahun 2010. Masa tu barang-barang Sabbat dan Metalucifer memang laku macam pisang goreng panas. Lesap dengan pantas..(harga memang sangat murah dan kalau ada yang otak bisnes pasti boleh buat duit masa tu dengan menjual balik barang tersebut melalui online...hehehe). Kaset pula aku beli awal tahun ni melalui label tempatan yang mengeluarkannya dalam format kaset iaitu label Thrashing Fist Production dan terhad kepada 200 keping+ percuma poster. Label tersebut cakap kaset ni soldout dalam masa sebulan sahaja dari tarikh ia dikeluarkan.

Ada beberapa orang sahabat aku dari Sabah yang sememangnya peminat tegar Metalucifer. Dorang akan kumpul apa sahaja diskografi Metalucifer. Satu album tu dorang akan kumpul dari LP, tape dan CD dengan pressing berbeza. Memang diehard gila. Kalau nak tanya info band pun rasanya tanya dorang je...hahaha Sebab itu aku memang tak heran kalau apa-apa material band Metalucifer yang dijual oleh distro-distro dan label-label di Malaysia ni akan soldout dalam masa yang singkat. Masa album ni dikeluarkan oleh ThrashingFist Production untuk format kaset, aku cepat-cepat beli(takut melepas pulak) sebab aku tau yang material Metalucifer memang menjadi buruan dan kegemaran metalhead bawah tahah diseluruh dunia. Rasanya kalau orang baru nak dengar lagu-lagu metalucifer memang tiada masalah sebab lagu dorang memang senang nak hadam. NWOBHM bawaan Metalucifer!!!!

Persembahan live ada Gitaris Blumi(Metal Inquisitor) dan drummer Tormentor(Desaster)...


Khamis, 16 April 2015

GLORIOUS TIMES " a pictorial of the death metal scene 1984-1991"

Bila dah beli buku Swedish Death Metal, tergerak pula hati untuk dapatkan buku ni. Mau jadi ulat buku lah katakan...hahahaha Yang pasti distro-distro barangan metal dekat malaysia ni pasti menjual benda macam ni. Kalau tak silap aku label tempatan Afterlife Production adalah pengedar rasmi buku ni untuk pasaran tempatan dan asia. Tapi buku ni aku beli melalui kawan baik aku. Senang nak deal. Kebetulan pula pada hujung tahun 2010 aku dapat bonus, apa lagi aku laburkan lah duit untuk beli buku ni pada awal tahun 2011...Membaca sambil menambah koleksi barangan metal..hehehe
Buku ni menceritakan tentang pengalaman editor-editor buku ni semasa zaman kegemilangan scene death metal Amerika pada tahun 1984-1991. Cerita  dalam buku memang terlalu ringkas(tajuk pun dah letak pictorial scene) tetapi padat dengan gambar-gambar rare yang majoritinya belum pernah dilihat sebelum ni(gambar koleksi peribadi editor). Editor buku ni, Alan Moses(buttface zine) dan Brian Pattison(chainsaw abortion zine) yang kedua-dua orang ini aku memang tak kenal langsung, begitu juga dengan zine-zine yang mereka hasilkan...(ceteknya info aku..hahahaha) Rasanya kalau orang lama mesti tau tentang mereka ni. Kepuasan aku terhadap buku ni hanya dari sudut gambar-gambar rare tu sahaja. Yang lain aku rasa biasa-biasa sahaja...hehehee Kalau peminat death metal macam aku ni memang berbaloi dan puas hati memiliki buku ni. Dekat bawah ni aku kongsi sikit gambar muka surat dalam buku ni.








Jumaat, 10 April 2015

REPUGNANT - epitome of darkness

Sebut nama Repugnant, peminat death metal era millenium pastinya mengenali band ni. Kalau Entombed mempopularkan gelombang swedish death metal era akhir 80'an dan awal 90'an, Repugnant pula adalah band yang membawa impak besar kepada generasi baru peminat death metal era millenium. Hari ni pun dapat kita lihat band-band baru old school death metal majoritinya terpengaruh dengan Repugnant. Band yang ditubuhkan sekitar tahun 1998 ni adalah pencetus wabak "New Wave Old School Swedish Death Metal" yang seangkatan dengan Kaamos dan Verminous. Yang pasti bila aku terpengaruh dengan band ni iaitu pada sekitar tahun 2007 melalui internet dan zine, dan secara kebetulan kawan yang aku selalu order cd-cd death metal melalui distro beliau offer album ni dekat aku sekitar tahun 2009, tanpa berfikir panjang aku terus beli cd ni..(benda dah ada depan mata..sambar je lah)...hahahaa
Sememangnya aku dah terbiasa dengan muzik death metal sweden melalui band Dismember, Entombed, Unleashed dan Grave. Boleh dikatakan irama swedish old school death metal menjadi keutamaan aku sejak 2005 dan apa sahaja band yang termasuk dalam kategori tersebut memang aku akan beli rilisannya. Namun apa yang menarik bila aku jumpa band Repugnant, memang terdapat kelainan/perbezaan bila mendengar muzik death metal dorang. Kalau Entombed/Dismember menitik-beratkan bunyi gitar yang berat(bunyi"buzzsaw" dari pedal boss heavy metal distortion) yang menjadi trademark band-band sweden, Repugnant pula muncul dengan versi death metal yang orang putih cakap raw, ugly and primitive..(anggota band siap pakai corpse pain lagi,,,hahaaha). Senang cerita, buka je youtube dan pilih 1 lagu Dismember/Entombed dan 1 lagu Repugnant...dengar dan buat perbandingan dan dari situ boleh tau kelainan muzik Repugnant..hahaaha Bagi aku formulanya Morbid+Nihilist/old Entombed+Merciless=REPUGNANT
Album Epitome of Darkness ni dirilis pada tahun 2006 melalui label Soul Seller Records, label yang berasal dari Holland dan album ni merupakan satu-satunya album dorang dan selepas tu repugnant dibubarkan pada tahun 2011. Ada khabar angin yang aku baca dekat internet, frontman band ni iaitu Tobias Forge a.k.a Marry Gore adalah Papa Emeritus(vokalis band Ghost). Tak tau la betul ke tak khabar angin ni. Lagipun band Ghost sampai sekarang identiti anggota band masih lagi misteri. Yang pasti drummer dalam album ni adalah bekas drummer Dismember album s/t 2008 iaitu Tobias Daun a.k.a Tom Bones...hahahaha. Album ni memang kegemaran aku, dan rasanya kalau ada extra bajet memang aku beli LP or kalau ada versi kaset pun wajib aku beli..hahahaha Sekian.


Selasa, 7 April 2015

NECROTIC CHAOS - regime grotesque


Sebelum mengenali Necrotic Chaos, rasanya pengetahuan aku tentang death metal malaysia iaitu pada tahun 2001 hanya Sil Khannaz, Silent Death dan Mandatory. Sil Khannaz memang aku senang dapat material kaset mereka. Cuma Silent Death dan Mandatory hanya melalui kaset kompilasi panggilan pulau puaka yang aku pinjam dari kawan. Aku mengenali Necrotic Chaos hanya melalui majalah ROTTW tahun 2001 kalau tak silap aku. Dalam majalah tu ada temuramah berkenaan dengan band mereka. Tapi masa tu memang aku tak explore sangat. Hanya jadikan info dan bahan bacaan sahaja. Dulu masa dekat kedai kaset, aku ada terlihat kaset split dengan band Cardiac Necropsy. Disebabkan bajet terhad dan aku pula mengambil keputusan untuk membeli kaset album Vader"revelation"...hahaaha  Bila album ni keluar pada tahun 2003, barulah aku dapat dengar muzik mereka.


Aku bukanlah seorang peminat muzik metal tempatan yang wujud pada era 90'an dan sudah pastinya aku terlepas peluang merasai kemeriahan scene death metal tempatan yang banyak menghasilkan album-album yang membunuh iaitu dari band Sil Khannaz, Silent Death, Braindead dan Suffercation. Album-album mereka aku dengar hanya di era millenium. Cuma terdapat persamaan dari segi kesedapatan/keenakan/feel bila aku mendengar album "regime grotesque" dengan album-album seperti Sil khannaz-conception of madness, BrainDead-from the esctacy dan juga Silent Death-before the sunrise. Mungkin juga atas faktor band ni wujud pada era yang sama iaitu era 90'an.


Satu lagi kesedapan/keenakan/feel bila mendengar album-album tempatan memang sangat berbeza jika dibandingkan dengan band-band luar negara. Realitinya banyak sangat band-band luar negara menghasilkan rilisan yang lebih hebat dan dahsyat berbanding dengan band tempatan. Tapi aku menilai muzik band tersebut hanya berdasarkan apa yang sedap ditelingaku dan keutamaan aku memang band-band tempatan dan contoh yang paling dekat pun, aku hanya buat perbandingan dengan negara jiran seperti Indonesia yang banyak melahirkan band brutal death metal, masih juga aku tak dapat feel yang sama macam aku dengar album ni...otak aku yang berat sebelah atau feel aku yang tak seimbang???..hahahaha


Secara peribadinya aku meletakkan album ni di posisi ke 2 album death metal tempatan kegemaran aku selepas Braindead"from the esctascy" walaupun album ni lebih dahulu aku dengar.(album from the esctacy hanya mula didengar pada tahun 2005)....hahhaahaa Album ni jangan cakap lah sampai sekarang aku masih dengar. Tape ni dulunya aku ada dua keping. Sekeping aku dah jual disebabkan aku dapat 1 lagi tape baru dari distro tempatan. Tape lama aku jual dengan harga cekik darah jugalah rm25 termasuk poslaju. Mahal ke??? Untuk next target memang aku tunggu kalau ada orang nak letgo versi cd. Dulu menyesal juga tak beli cd album ni disebabkan sibuk membeli album yang lain. Semestinya album terbaik brutal death metal buatan malaysia.

RUJUKAN BLOG:
1)NECROTIC CHAOS - Chaos Legion

Khamis, 2 April 2015

KING DIAMOND - house of god

Kaset ni adalah antara kaset terawal yang aku beli iaitu sekitar tahun 2001.Cukup je duit daripada hasil menabung duit sekolah, memang aku akan ke kedai kaset untuk cari dan beli apa saja kaset band metal. Masa tu memang pukul rambang apa yang dijumpa. Dan pastinya aku terbeli kaset ni disebabkan tertarik dengan cover depan album yang menyeramkan. Bila test kaset depan kaunter memang intro album yang seram ni pun dah jadi tarikan dekat aku tetapi bagi masalah dekat cashier kedai tu...hahaha Agaknya lama sangat dia terus stop dan lagu pertama tak sempat la jawabnya nak dengar. Bila sampai rumah, belek-belek inlay kaset dan sambil dengar lagu dalam kaset ni dan baru aku tau bahawa King Diamond main muzik heavy metal...Aku ingat band black metal...hahaaha Itulah akibat bila pengetahuan masih lagi cetek dan tiada sesiapa pun disekeliling yang bimbing aku...(yang ada di otak hanya..Iron Maiden, Obituary dan Sil Khannaz..hahahaha). Yang pasti aku memang suka dengan kaset ni, Lagu pertama "the hills have eyes" selepas intro memang dah buat aku gembira hingga ke lagu penamat side A. Memang majoriti semua lagu dalam side A lagu kegemaran aku. Cuma lagu side B bagi aku memang tak berapa melekat sangat dan terpaksa layan sampai habis.
Tahun yang sama juga majalah ROTTW(antara majalah rujukan juga walaupun info band metal sangat sedikit) ada keluarkan poster King Diamond dan majalah tu dibeli oleh jiran aku yang memang salah seorang peminat muzik metal.(rasanya cover depan majalah tu album scorpions "acoustica"). Lama juga aku pujuk dia untuk bagi poster tu dekat aku dan nasib baik dia rela hati nak bagi. Mungkin kalau poster tu band cradle of filth atau dimmu bogir memang dia tak kan bagi disebabkan band tersebut memang dia minat...hahahaha Aku bila dah dapat poster memang tak lekat pun di dinding. Aku lekat dekat  fail sekolah aku sekali dengan poster iron maiden brave new world dengan rasa bangganya..Hari-hari dapat tengok fail tersebut sebab hari-hari di bawa ke sekolah..hahahaha Cuma sampai sekarang aku masih lagi tak dapat kumpul album-album King Diamond yang lain.(sebab banyak sangat band yang nak di dengar dan dikumpul..hahahaha). Masa aku belajar dekat UiTM dulu ada seorang classmate rapat aku memang minat dekat King Diamond. Tapi masa mula-mula kenal, dia hanya bagitau yang dia minat Iron Maiden, Megadeth, Rotting Christ dan Bolt Thrower. Tapi masa dia lepak dekat bilik aku, sambil main gitar akustik roomate aku, dan 1 lagu dia mainkan adalah lagu King Diamond "the hills have eyes"..terus teringat kaset dirumah...Dia pula siap recommend dekat aku suruh dengar album "abigail" dan offer bagi pinjam kaset-kaset koleksi King Diamond yang dia ada.

Tayang sikit poster yang aku lekat dekat fail sekolah..zaman sekolah menengah dari form 4 sampai form 5, fail ni lah yang selalu aku bawak pergi sekolah...(terpengaruh dengan budak perempuan yang selalu lekat poster bandboy westlife, bsb, nsync dekat fail dorang..hahaha)...fail ni juga pernah diancam oleh uztaz sekolah untuk dirampas dan dibakar...huruf T tu huruf depan nama pasukan bolasepak geng-geng aku di sekolah..(pinjam t undertaker)..tulisan corpsegrinder tu sebab terpengaruh dengan cannibal corpse...rojakkk....hahahaa. Sekian.