Jumaat, 16 Januari 2015

AKAGRISH - akagrish


Teringat aku masa pertama kali hadir di gig metal dekat Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2004(gig Supreme Sonic). Masa tu aku masi lagi menuntut di uitm dan tengah mencari rakan untuk pergi bersama-sama menonton gig tersebut. Nasib baik masa tu aku kenal dengan seorang senior yang memang kaki gig metal. Ada juga teman borak-borak time gig nanti. Kalau tak memang pergi seorang diri la jawabnya(masa dekat uitm memang aku masi tak jumpa lagi seorang metalhead..hahahaha). Masa dekat gig tu ada satu band yang betul-betul menarik perhatian aku dan band itu adalah Akagrish. Muzik yang dorang bawak memang lagu-lagu cover death metal dan yang paling aku suka adalah showmanship dorang.Gitaris memang terbaik lah main gitar sambil spinning headbanging. Suara growl vokalis memang dahsyat lah. Sejak hari tu aku menjadikan band Akagrish sebagai band band kegemaran aku. Band ni aku rasa tak pernah rilis demo(betul ke???) dan lagu yang aku ada hanya dalam kompilasi kaset maximum decibel disaster(lagu tak ikut title..kesilapan cetakan pada cover tape). Album ni pun rilis tahun 2013 melalui label underground tempatan dari Sabah iaitu Evil Dead Production. Dan yang pasti aku ucapkan terima kasih kepada vokalis band ni iaitu saudara Rajj yang memberikan cd ni secara percuma(siap ada tanda tangan lagi).Aku tak sempat order, dia dah bagi free...(memang rezeki aku..hahaha).Untuk album ni, aku rasa pengaruh band Deicide memang menguasai album ni. Rakaman pun memuaskan + cover album yang menarik dan secara peribadi aku iktiraf album ni adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh band death metal yang berasal dari Sabah(komen berat sebelah sebab aku kan peminat Akagrish..hahaha). Aku berharap akan ada lagi rilisan seterusnya. DEATH METAL IN THE LAND BELOW  THE WIND!!!!




ni lah persembahan Akagrish yang menarik perhatian aku...tengok gitaris dorang(main gitar sambil headbanging)

5 ulasan:

  1. cd ni ada dalam radar aku utk dimiliki ntah kenapa asik skip saja..

    BalasPadam
  2. suka cover art ni ada mata dajal haha

    BalasPadam
  3. very nice posting.. I like it.

    BalasPadam
  4. memang dalam hati nak memiliki album ini. dengar track kat youtube, memang power. aku suka stail Akagrish ni. Hmmmm. Thanks for the info bro! hehe!

    BalasPadam