Selasa, 27 Januari 2015

ANAL VOMIT - demonic flagelations






Lihat sahaja pada nama band dan lukisan artwork album memang membawa maksud yang penuh dengan kelucahan dan gambar drummer pun berbogel...hahaha. Anal Vomit berasal dari negara Peru, yang terletak di benua Amerika Selatan. Bila sebut sahaja benua Amerika Selatan pastinya kita akan terbiasa dengan negara Brazil yang mempunyai band-band metal lagenda seperti Sepultura, Vulcano, Sarcofago dan Krisiun. Anal Vomit bukanlah band baru kerana band ini sudah wujud sekitar awal 90 'an dan muzik dorang masa tu lebih ke arah death metal yang bertemakan lirik-lirik gore. Berbeza dengan debut album ni yang dikeluarkan sekitar awal tahun 2005, muzik dorang lebih ke arah Death/thrash metal gaya Amerika Selatan dengan pengaruh Black/Thrash Metal yang banyak persamaannya dengan band seperti Sarcofago, Sextrash dan Sepultura lama(zaman album morbid vision) dan yang paling penting permainan tremolo gitar ala-ala Morbid Angel yang membuatkan album ni cukup bervariasi. Yang pasti album ni memang memberikan kepuasan yang maksima untuk aku. Cuma nafsu sex macam tengok movie lucah tu aku tak dapat bila dengar album ni...hahaha. Album ni aku beli online daripada rakan aku iaitu sekitar tahun 2009 ,sesudah 2 tahun mengenal Anal Vomit(tahun 2007). Secara peribadinya album ni aku kategorikan sebagai penyambung nyawa dan sama tarafnya seperti rilisan-rilisan klasik yang sudah wujud pada era 80-90'an seperti Sepultura(morbid vison), Sextrash(sexual carnage) dan Sarcofago(rotting-ep). Dalam album ni ada lagu cover bonus dari Sepultura(antichrist) yang susunan muziknya(kelajuan dan tempo) hampir sama dengan lagu asal. SENDERO SINIESTRO!!!

                              gambar drummer band posing ala-ala pelakon porno..hahahaa

Rabu, 21 Januari 2015

DESASTER - divine blasphemies


Tahun 2005 boleh dikatakan aku memfokuskan pencarianku hanya untuk band-band old school death metal.Yang peliknya band Desaster antara band yang menarik perhatian aku walaupun band ini bukanlah band death metal. Pertama kalinya aku kenal band ni adalah melalui aktiviti pinjam-meminjam kaset dari sahabat aku. Masa tu kalau aku tak silap aku berkunjung ke rumah beliau untuk lepak/borak-borak kosong tentang aktiviti metal dan secara kebetulan dia offer bagi pinjam beberapa kaset dan salah satunya adalah kaset Desaster"divine blasphemies". Sebelum ni aku hanya dapat info pasal band ni melalui fanzine yang aku beli(api fanzine vol.3). Pertama kali dengar album ni memang terus melekat di kepala. Cuma masa tu niat memiliki album ni memang tiada disebabkan bajet yang terhad. Cd ni pun aku beli online sekitar tahun 2011. Desaster bukan lah band baru tetapi sudah wujud pada penghujung tahun 80'an dan memainkan irama Black/Thrash Metal + riffing melodi traditional heavy metal dan salah satu keunikan band ni adalah suara vokalis yang growl tahap death metal.(kebanyakan band black/thrash kan vokalisnya mesti ke arah black metal) Senang cerita album yang di rilis pada tahun 2002 ni memang mudah untuk aku hadam. Lagu kegemaran aku semestinya track pembukaan "divine blashpemies",  "beast of wrath and victory" (yang penuh dengan riff melodi), "alliance to the powerthrone" dan lagu "nighthawk"(lagu duet bersama dengan Mille Petrozza-Kreator).Sampai sekarang album ni sentiasa menjadi playlist kegemaran aku.Yang paling penting Desaster sangat berbeza muziknya dari gergasi Thrash Metal dari Jerman yang secara umumnya kita sudah terbiasa dengan band-band lagenda seperti KREATOR, SODOM dan DESTRUCTION..!!!TEUTONIC THRASH ATTACK!!!



Isnin, 19 Januari 2015

THRONEUM - pestilence death


Sekitar tahun 2005-2007, aku diperkenalkan dengan kaedah mencari maklumat band-band metal melalui internet(masa tu kalau search mesti taip perkataan "old school death metal"..hahaahha) dan secara kebetulan aku dapat maklumat band Throneum melalui official website dorang(aku rasa dah tutup website tu). Dalam website dorang kalau aku tak silap ada dorang bagi free download sample mp3  dan melalui kaedah ni lah aku dapat dengar muzik Throneum. Aku dapat cd ni dekat kedai muzik area pertama kompleks pada tahun 2007 dan dibeli dengan harga rm45. Masa tu bila terlihat cd ni memang aku tak pikir dua kali sebab aku memang dah dengar muzik dorang dan sememang band ni lah yang aku cari selama ni. Throneum berasal dari Poland dan ditubuhkan sekitar tahun 1998. Muzik dorang memang death metal kuno yang digabungkan dengan blasting drum ala-ala band war black metal+riff-riff doom yang mengerikan. Gabungan muzik Sarcofago+(old)Morbid Angel+Necrovore+Martire adalah rujukan yang paling hampir untuk album ni. Sound dalam album ni memang raw habis dan kebanyakan lagu berdurasi sekitar dua minit.Memang senang hadam lagu-lagu dorang ni. Yang pasti album ni adalah antara album kegemaran aku."Ancient Pestilent Death Metal"!!!



Jumaat, 16 Januari 2015

AKAGRISH - akagrish


Teringat aku masa pertama kali hadir di gig metal dekat Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2004(gig Supreme Sonic). Masa tu aku masi lagi menuntut di uitm dan tengah mencari rakan untuk pergi bersama-sama menonton gig tersebut. Nasib baik masa tu aku kenal dengan seorang senior yang memang kaki gig metal. Ada juga teman borak-borak time gig nanti. Kalau tak memang pergi seorang diri la jawabnya(masa dekat uitm memang aku masi tak jumpa lagi seorang metalhead..hahahaha). Masa dekat gig tu ada satu band yang betul-betul menarik perhatian aku dan band itu adalah Akagrish. Muzik yang dorang bawak memang lagu-lagu cover death metal dan yang paling aku suka adalah showmanship dorang.Gitaris memang terbaik lah main gitar sambil spinning headbanging. Suara growl vokalis memang dahsyat lah. Sejak hari tu aku menjadikan band Akagrish sebagai band band kegemaran aku. Band ni aku rasa tak pernah rilis demo(betul ke???) dan lagu yang aku ada hanya dalam kompilasi kaset maximum decibel disaster(lagu tak ikut title..kesilapan cetakan pada cover tape). Album ni pun rilis tahun 2013 melalui label underground tempatan dari Sabah iaitu Evil Dead Production. Dan yang pasti aku ucapkan terima kasih kepada vokalis band ni iaitu saudara Rajj yang memberikan cd ni secara percuma(siap ada tanda tangan lagi).Aku tak sempat order, dia dah bagi free...(memang rezeki aku..hahaha).Untuk album ni, aku rasa pengaruh band Deicide memang menguasai album ni. Rakaman pun memuaskan + cover album yang menarik dan secara peribadi aku iktiraf album ni adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh band death metal yang berasal dari Sabah(komen berat sebelah sebab aku kan peminat Akagrish..hahaha). Aku berharap akan ada lagi rilisan seterusnya. DEATH METAL IN THE LAND BELOW  THE WIND!!!!




ni lah persembahan Akagrish yang menarik perhatian aku...tengok gitaris dorang(main gitar sambil headbanging)

Rabu, 14 Januari 2015

VERMINOUS - smell the birth of death EP



Aku mula mengenali band Verminous pada tahun 2005 melalui kompilasi cd sampler label xtreem music yang aku dapat percuma dari majalah metal yang aku beli dan lagu yang aku dengar adalah lagu "impious genocide " yang dipetik dari album Impious Sacrilege(2003). Cd ni pula aku peroleh 5 tahun kemudian(2010) melalui pembelian terus dari seorang rakan iaitu saudara Rosmalie(pemilik label Envenom record+editor Api fanzine). Kalau aku tak silap beliau promote nak jual cd ni sekali dengan album Repugnant"epitome of darkness". Apa lagi aku sambar terus kedua-dua cd..hehehehe. Walaupun Verminous berasal dari Sweden, tapi muzik death metal pembawaan dorang adalah jauh berbeza dari ENTOMBED,DISMEMBER dan GRAVE. Riff-riff seram dorang adalah gabungan AUTOPSY+NIHILIST+CARNAGE(sweden) dan dicampur aduk dengan kelajuan muzik MERCILESS(sweden). Pukulan Blast-beat drum ala-ala album "left hand path"+"like an everflowing stream"(tetapi tidak pula laju macam grindcore dan brutal death metal) dan suara growl vokalis ala-ala album "scream bloody gore". Yang pasti cd/ep "smell the birth of death" memang memberikan kepuasan maksima untuk aku. Kalau dimainkan dekat player cd memang aku akan putar berulang kali(yelah cuma ada 4 lagu). Dari muzik sampai ke artwork dan layout cd memang citarasa kegemaran aku. TOTAL DEATH METAL!!!


Isnin, 12 Januari 2015

AKU DAN DISMEMBER

                                                 koleksi dismember setakat ni...

Tahun ini adalah genap 10 tahun aku mengenali Dismember. Disebabkan band ni lah yang membuatkan aku menjadi gila terhadap tema old school death metal. Kalau orang lain tanya pendapat aku apakah band death metal kegemaran, sudah semestinya aku meletakkan Dismember di carta yang paling atas(no.1). Aku pun tak tau sebab apa aku minat sangat terhadap band ni sedangkan kalau diikutkan band Morbid Angel adalah band yang paling banyak aku kumpul kasetnya dan band death metal pertama yang aku mula-mula kenal adalah band Obituary.  Sepanjang tahun 2005, aku rasa tahun ni lah yang membuatkan aku ketagih dengan band-band death metal yang memainkan muzik asas old school death metal, dan aku tak kira sama ada band tu band baru atau lama, semua maklumat akan ku cari dan kalau ada di depan mata memang aku sambar terus.Itupun nasib-nasib kalau boleh dapat kasetnya(zaman ni masih dengar kaset lagi). Kalau diikutkan memang susah nak dapatkan kaset-kaset band death metal ni disebabkan tahun millenium adalah era kepupusan kaset dan area pencarian aku di sekitar wisma kk plaza(kedai goblinz, dan helloween), area asia city(aku pun lupa nama kedai tu) dan beberapa lagi kedai kaset yang majoritinya berpusat di bandaraya Kota Kinabalu disebabkan aku menuntut di uitm, Kota Kinabalu sekitar tahun 2003 hingga 2006.(zaman aku mengumpul kaset-kaset band metal sekitar tahun 2001-2005 dengan cara beli dekat kedai dan gig)


                                                           formasi awal..

Berbalik kepada cerita Dismember, aku mula mengenali band ni semasa aku pergi ke kedai kaset(area asia city, KK) pada awal tahun 2005. Kebetulan tengah cari kaset dan terlihatlah kaset-kaset Dismember pressing vsp...tapi masa tu aku masi tidak berkenan lagi disebabkan aku ketagih band gothenburg death metal(At The Gates, In Flames, Dark Tranquillity)..hahaha. Sehinggalah aku terbaca interview band Paganizer dalam majalah brutallica, dan dalam interview tu dorang bagitau yang dorang punya muzik berubah ke arah old school death metal. Sebelum ni aku memang kenal Paganizer melalui kaset edaran psychic scream yang mana dorang masih berkonsepkan death thrash metal. Dalam interview tu kalau x silap aku adal dorang sebut band yang dorang minat seperti Massacre, Grave, Dismember, Entombed.(senanglah nak buat rujukan).Dan dalam masa yang sama nasib baik majalah yang aku beli tu ada disertakan sekali percuma kompilasi cd sampler, dan dapat juga lah aku dengar lagu Paganizer-"bleed unto me". Memang sedap lagu ni sehingga menaikkan nafsu aku untuk mencari band-band yang sealiran dan dari situ bermulanya pengumpulan material dismember. Aku bernasib baik sebab dapat menyambung pengajian di uitm,Kota Kinabalu dan secara tidak langsung senang untuk aku mendapatkan kaset-kaset metal yang dijual di sekitar bandaraya Kota Kinabalu  memandangkan area asal aku iaitu bandar Tawau memang susah nak cari kedai kaset yang jual kaset-kaset band metal. Yang ada pun hanya dua, tiga kedai sahaja dengan menjualnya dalam kuantiti yang amat terhad.


                              formasi terakhir sebelum dibubarkan pada hujung tahun 2011

Material Dismember yang pertama aku dengar adalah vcd cetak rompak live blasphemies iaitu pada awal tahun 2005. Album pertama yang aku beli adalah album "where iron crosses grow"(cdr cetak rompak..hahahaha) manakala kaset pertama adalah ep "pieces" keluaran vsp.Boleh dikatakan semua album dismember yang aku beli adalah cdr cetak rompak.Maklumlah masa tu duit poket pun orang tua yang bagi +pinjaman ptptn. Kaset memang susah nak dapat, CD ori pulak harga memang aku tak mampu dan sukar nak dapat(masa tu memang tak pandai mailorder dan beli online), jadi penyelesaiannya adalah dengan membeli cd cetak rompak yang dijual di kedai Goblinz, Kota Kinabalu. Hanya cd album"death metal" sahaja yang original release dan yang pertama kalinya aku beli dengan harga rm80.(aku rasa time tu bapa aku bagi duit lebih, jadi terus aku laburkan beli cd ori memandangkan kepuasan membeli cdr adalah sangat mengecewakan..hahaahaha).Tahun 2009 aku start beli balik senua cd dan dvd original dismember disebabkan tahun tu aku dah ada pekerjaan tetap. jadi secara tidak langsung memang memberikan kepuasan bila kita memiliki original material sebab kita dapat membelek cd booklet dan yang paling penting wajib beli official band merchandise/cd/tape/lp sebagai tanda penghargaan terhadap band yang kita minat..Dan cdr-cdr yang aku ada tu memang aku tak buang, just digunakan dalam player kereta atau jika ada orang nak pinjam album dismember, aku bagi cdr je.So cd ori xlah calar balar/rosak...selamat...hahahaaha Kumpul LP memang dalam perancangan tetapi kena tunggu duit jatuh dari langit disebabkan bajet kewangan sekarang ni yang sangat ketat...hahahaha OVERRIDE OF THE OVERTURE!!!

KASET


Tajuk entri kaset ni aku tulis bukan sebab aku fanatik kaset tetapi disebabkan kasetlah permulaan bagi aku terjerumus ke dalam dunia muzik metal.Kaset pertama yang aku beli adalah pada tahun 1999, masa tu umur aku baru mencecah 14tahun(tingkatan 2), iaitu kaset kompilasi MLTR(MichealLearnsToRock).yang pasti muziknya bukan metal tetapi muzik ballad/pop/soft rock(sebab aku minat lagu "i'm gonna be around")..hahaha.Kemudian timbul la minat terhadap muzik2 yg lagi berat dan laju sehingga terbelinya kaset sekitar tahun awal tahun 2000 iaitu album2 XPDC,AMUK dan tidak lupa juga kepada pembelian kaset METALLICA(album s&m yg membosankan) manakala awal tahun 2001 pula kaset IRON MAIDEN, SIL KHANNAZ, dan seterusnya bermacam2 lg band(majoritinya adalah band death metal)...sampai aku jadi gian terhadap muzik metal sehingga hari ini..Jadi kesimpulannya aku ni adalah peminat metal era awal millenium..Jangan lupa butang PLAY>REWIND>FASTFORWARD adalah wajib ditekan.hahahhahaha