Selasa, 10 September 2019

NECROTIC CHAOS - Chaos Legion


Kali terakhir Necrotic Chaos meriliskan material adalah sekitar tahun 2005 (13 tahun lalu) iaitu dengan rilisan EP “Black As The Insect” dan  kini mereka muncul dengan album kedua Chaos Legion pada tahun 2018. Album ini diriliskan oleh label baru tempatan iaitu Legion Music dan diterbitkan dalam format digipak(aku paling menyampah dengan format ni..hahahaha). Sudah semestinya album ini adalah album yang aku paling tunggu-tunggu.


Untuk album ni NC menghidangkan 7 buah lagu baru + 1 lagu lama (forth abbatoir) + 1 outro, keseluruhan 9 track. Lagu-lagu dalam album ni tidak banyak bezanya dengan rilisan-rilisan terdahulu mereka yang sudah semestinya kekal dengan konsep old School brutal death metal sejak dari tahun 1992. Dari segi susunan lagu (riff dan solo gitar) memang Necrotic Chaos sangatlah kuat pengaruh Morbid Angel lama era awal 90’an. Cuma dari segi kualiti rakaman, album ni adalah lebih baik dari rilisan-rilisan mereka yang sebelum. Dalam album ni kembalinya frontman Vokalis/Bassist asal mereka iaitu Adiek yang bersama NC dari zaman demo hingga ke debut album. Dalam EP “Black As The Insect” pula tugas vokal diisi oleh Azlantor(Langsuyr).


Apa yang pasti Necrotic Chaos adalah band lama death metal tempatan yang sebaris dengan Sil Khannaz, Brain Dead, Suffercation dan Silent Death. Yang membezakan mereka adalah debut album yang mereka riliskan adalah agak terlewat iaitu sekitar tahun 2003 melalui “Regime Grotesque”. Jarak album debut dengan “Chaos Legion” agak lama jugak iaitu lebih kurang 15 tahun. Satu penyiksaan dan kepuasan bila menanti terlalu lama untuk album mereka…hahahahaha Cuma agak mengecewakan jugak la bila album ni diriliskan dalam format Digipak (paham-paham je lah ketahahan format ni). Kesimpulannya mudah je, album ni adalah album terbaik death metal tempatan untuk tahun 2018.



Rujukan Blog:
1) NECROTIC CHAOS - Regime Grotesque

Tiada ulasan:

Catat Ulasan