Jumaat, 20 September 2019

AUTOPSY - Awaken By Gore (demo collection)


Secara umumnya majoriti peminat death metal di seluruh dunia memang sudah mengenali band Autopsy yang merupakan salah satu band pelopor awal genre muzik death metal. Boleh dikatakan yang band ini merupakan salah satu band kegemaran aku. Band veteran yang terkenal seperti Dismember secara terang-terang mengaku yang Autopsy memberikan pengaruh terbesar dalam muzik mereka sehingga mereka menggelarkan Autopsy adalah “the bible of death metal riff”. Aku mengenali band Autopsy secara tidak langsung melalui bacaan dalam majalah interview-interview band Dismember yang meletakkan Autopsy sebagai band kegemaran nombor 1 mereka.


Cd “Awakened By Gore” adalah cd kompilasi yang diterbitkan oleh label Nuclear War Now yang mana mengandungi lagu-lagu dalam dua demo terawal (demo 1987 dan critical madness),live rehearsal tahun 1988 dan live gig tahun 1990. Mana-mana peminat  yang belum pernah memiliki rilisan demo mereka yang sudah lama soldout atau pun yang sudah memilikinya tetapi inginkan rilisan tersebut dalam format cd, dan kompilasi ini adalah jalan penyelesaian. Booklet pun tebal, sekali dengan line notes dan gambar-gambar klasik Autopsy.


Lagu-lagu zaman demo Autopsy memang straight forward death metal yang agressif dan kuat pengaruh thrash metalnya, berbeza dengan era terkini yang lebih kuat pengaruh doomnya. Lagu-lagu zaman demo mereka juga mirip band Death era demo dan album pertama “scream bloody gore”(chris reifert adalah drummer dalam album ni). Kebanyakan lagu dalam demo mereka dirakamkan semula dalam album debut mereka iaitu “Servered Survival” yang diterbitkan pada tahun 1989.


Apa yang membezakan Autopsy dengan band death metal dari negara mereka (Amerika Syarikat), susunan lagu dan riff-riff gitar mereka adalah terlalu catchy, straight forward dan ditambah pula dengan slow doom tempo. Kita semua sedia maklum yang band-band death metal dari negara Amerika Syarikat amat terkenal dengan riff-riff gitar yang teknikal dan beat drum yang pantas/ada elemen blast beat. Boleh dikatakan yang Autopsy adalah berada di liga yang berbeza dengan band-band awal death metal Amerika Syarikat.










Selasa, 10 September 2019

NECROTIC CHAOS - Chaos Legion


Kali terakhir Necrotic Chaos meriliskan material adalah sekitar tahun 2005 (13 tahun lalu) iaitu dengan rilisan EP “Black As The Insect” dan  kini mereka muncul dengan album kedua Chaos Legion pada tahun 2018. Album ini diriliskan oleh label baru tempatan iaitu Legion Music dan diterbitkan dalam format digipak(aku paling menyampah dengan format ni..hahahaha). Sudah semestinya album ini adalah album yang aku paling tunggu-tunggu.


Untuk album ni NC menghidangkan 7 buah lagu baru + 1 lagu lama (forth abbatoir) + 1 outro, keseluruhan 9 track. Lagu-lagu dalam album ni tidak banyak bezanya dengan rilisan-rilisan terdahulu mereka yang sudah semestinya kekal dengan konsep old School brutal death metal sejak dari tahun 1992. Dari segi susunan lagu (riff dan solo gitar) memang Necrotic Chaos sangatlah kuat pengaruh Morbid Angel lama era awal 90’an. Cuma dari segi kualiti rakaman, album ni adalah lebih baik dari rilisan-rilisan mereka yang sebelum. Dalam album ni kembalinya frontman Vokalis/Bassist asal mereka iaitu Adiek yang bersama NC dari zaman demo hingga ke debut album. Dalam EP “Black As The Insect” pula tugas vokal diisi oleh Azlantor(Langsuyr).


Apa yang pasti Necrotic Chaos adalah band lama death metal tempatan yang sebaris dengan Sil Khannaz, Brain Dead, Suffercation dan Silent Death. Yang membezakan mereka adalah debut album yang mereka riliskan adalah agak terlewat iaitu sekitar tahun 2003 melalui “Regime Grotesque”. Jarak album debut dengan “Chaos Legion” agak lama jugak iaitu lebih kurang 15 tahun. Satu penyiksaan dan kepuasan bila menanti terlalu lama untuk album mereka…hahahahaha Cuma agak mengecewakan jugak la bila album ni diriliskan dalam format Digipak (paham-paham je lah ketahahan format ni). Kesimpulannya mudah je, album ni adalah album terbaik death metal tempatan untuk tahun 2018.



Rujukan Blog:
1) NECROTIC CHAOS - Regime Grotesque

Khamis, 5 September 2019

SAVAGE DEITY - Beyond The Sanctum


Aku mengenali band ni sekitar tahun 2012 melalui lagu-lagu yang diupload dalam social media YouTube. Lepas dengar lagu-lagu mereka memang aku tertarik dan ada keinginan untuk memiliki rilisan mereka. Nasib baik debut album mereka “Amulet of Sin” dikeluarkan pada tahun 2013 yang asalnya diterbitkan oleh label US, Slaughter House Records dalam format CD juga telah dikeluarkan dalam format kaset melalui label tempatan iaitu Basement Records.


Beyond The Sanctum adalah album kedua mereka yang juga diriliskan oleh label yang sama iaitu Slaughter House Records. Aku dapat album ni semasa mereka membuat persembahan live di KL Metalcamp 2018, beli dari booth mereka. Dapat tengok live, dapat beli CD mereka.. Band yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand, membawakan konsep old school death metal ala Morbid Angel album “Altar of Madness” dan juga mirip band Sadistic Intent. Sememangnya genre sebegini adalah genre kegemaranku dan aku memang tiada masalah untuk menghadam lagu-lagu mereka.


Memang jarang juga aku jumpa band-band dari negara Thailand yang membawakan muzik genre old death metal. Kali terakhir aku memiliki kaset EP dari band Calamitious dan juga album kedua dari lagenda death metal mereka iaitu Heretic Angel. Terkini Savage Deity telah pun merilis EP terbaru mereka dibawa label tempatan iaitu Mamat Records.


Selasa, 3 September 2019

IRON MAIDEN - Iron Maiden


Semua sudah sedia maklum ada beribu-ribu review berkenaan dengan album debut Iron Maiden ditulis dalam majalah, surat khabar dan juga dilaman web sejak tahun 1980 lagi. Aku orang yang ke berapa ribu buat review ni pun aku tak tau. Aku mula baca blog sekitar tahun 2009(agak lewat jugak lah) yang mana 100% blog-blog metal tempatan yang selalu menjadi bahan rujukan aku. Antara blog tempatan yang aku selalu baca dan memang padat dengan review Iron Maiden adalah Berteromber, Ku Dihalaman Rindu, XyruzZone dan Krenmaut. Review tentang Iron Maiden memang detail dorang tulis(blogger diehard Maiden semua tu...hahaha).


Iron Maiden adalah salah satu band yang wajib aku miliki koleksi album mereka(tapi aku tak kumpul format…hahahaha) kerana band ni lah yang buat aku terjebak dengan muzik metal. Cuma disebabkan dalam masa yang sama juga minat terhadap muzik ekstrim metal yang lain menyebabkan aku terpaksa menangguhkan pembelian album mereka. Ye lah zaman tu memang banyak band nak didengar dan dibeli kasetnya. Terpaksa beli kaset album kompilasi "Best Of The Beast" sahaja. Tahun 2006 baru lah aku mulakan mengumpul keseluruhan album mereka dengan bermula album debut self title. Beli dan kumpul sikit-sikit sampai lengkap...hahahaha


Zaman debut album ni iaitu tahun 1980 adalah zaman buas Iron Maiden dimana zaman tersebut telah muncul satu fenomena muzik yang digelar New Wave of British Heavy Metal (NWBHM). Iron Maiden adalah antara salah satu pioneer dan band yang paling berjaya dalam pergerakan scene NWBHM. Dalam album ini  sudah semestinya lagu Prowler, Phantom of the Opera, Charlot the Harlot dan Iron Maiden menjadi kegemaran aku. Begitu juga dengan suara bekas vokalis mereka iaitu Paul D Anno yang mana sememangnya menjadi vokalis kegemaran aku walaupun ramai diehard Maiden lebih menyukai Bruce Dickinson yang lebih kepada vokal high pitched opera. Mungkin disebabkan vokal kasar D Anno menjadi penyebab aku sukakan cara nyanyian beliau berbanding dengan Bruce Dickinson. Dalam album ni juga merupakan satu-satunya penampilan terakhir gitaris Dennis Stratton bersama Maiden. Selepas itu beliau meninggalkan Maiden dan digantikan dengan gitaris lagenda Adrian Smith.


CD yang aku beli ni adalah CD versi EMI cetakan semula tahun 1998(Remastered, enhanced) dengan cover baru yang berbeza sedikit dengan cover tahun 1980 (part mata Eddie je rasanya..hahaha). Booklet pun boleh tahan tebal 24 mukasurat yang padat dengan biografi, sejarah tour dan gambar-gambar klasik. Memang puas belek-belek booklet sambil layan lagu dalam album ni. Dulu Cd ni aku beli dengan harga rm35 iaitu sekitar tahun 2006. Sekarang label EMI pun dah bungkus dan hanya pressing versi Parlophone yang ada dipasaran dan harganya memang mahal sedikit iaitu sekitar rm50-60(sebab tiada versi cetakan tempatan).