Sepatutnya review ni aku rancang
nak terbitkan seminggu selepas acara tersebut berlangsung. Tetapi aku pun pelik
baru sekarang aku nak buat, banyak sangat skipnya…(setahun tertangguh..hahaahha). Konsert tahunan
untuk ektrim metal tempatan bersama dengan band-band besar ni sudah cecah sepuluh
tahun. Rasanya dalam 10 konsert yang telah dilangsungkan ni hanya tiga kali
sahaja aku berkesempatan hadir iaitu pada tahun 2012(headline band Hate Eternal
yang diadakan di stadium Chin Woo, 2013(headline band Destruction) dan tahun
2018(headline band Impiety).
Salah satu penyebab untuk aku
wajib hadir konsert ni adalah disebabkan kehadiran band Impiety, lagenda death
metal tempatan iaitu Sil Khannaz dan semestinya band dari death metal dari siam
iaitu Savage Deity. Macam biasa lah dihari kejadian aku lewat sampai ke venue, KL BlackBox
Solaris Dutamas dalam sekitar jam 4.30 petang. Konsert bermula pada pukul 3.00
petang dan aku terlepas band pembukaan pada waktu tersebut Kreation. Sampai
dekat venue aku terus beli tiket dengan harga rm60. Nombor pergelangan tangan
pass masuk aku dah cecah angka 300. Masuk je venue memang hampir penuh ruang
tersebut. Band yang sedang beraksi pada waktu itu adalah band DEAD ataupun
IVIVV. Band black metal yang berasal dari Pahang ni adalah pertama aku melihat
mereka beraksi di pentas. Lagu yang dimainkan memang cukup kemas tetapi kurang
showmanship.
Band seterusnya adalah Savage
Deity yang berasal dari Thailand. Band ni memang aku dah kenal sejak tahun 2012
lagi melalui media sosial. Membawakan muzik old school death metal yang
sememangnya genre kegemaran aku. Lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka memang
cukup bertenaga, cukup sifat old school death metal dan showmanship yang
agressif. Kalau didengar lagu-lagu mereka memang mirip band dari US iaitu
Sadistic Intent dan juga rilisan awal album Morbid Angel era Altar of Madness
dan Abomination Desolation. Keseluruhan persembahan memang aku terhibur.
Selepas dorang beraksi aku terus dapatkan album terbaru mereka yang dijual di
gerai gig.
Selepas band Savage Deity
beraksi, band Massacre Conspiracy mengambil alih pentas. Persembahan mereka
memang cukup bertenaga dari semua aspek. Lagu-lagu mereka boleh tahan hebatnya.
Tapi sayang genre yang mereka bawakan adalah bukan selera saya iaitu metalcore.
Semasa persembahan mereka ni lah aku mengambil kesempatan untuk berkunjung ke
gerai-gerai barangan metal yang dibuka didalam venue untuk membeli
barang-barang yang menarik. Ni aktiviti memang wajib dilakukan setiap kali
berkungjung ke gig-gig.
Band seterusnya adalah band
Mutilation. Band death/grind tempatan ni adalah band lama yang sudah wujud
sejak awal 90’an lagi. Aku pun baru tahu kewujudan mereka apabila label
underground Afterlife Production merilis demo mereka dalam bentuk kaset dan
diikut label Basement Record meliris benda yang sama dalam bentuk kaset.
Persembahan mereka biasa-biasa sahaja.
Habis sahaja persembahan
Mutilation aku terus keluar venue untuk berehat dan mengambil udara segar.
Dapat lah jumpa rakan-rakan yang dikenal dan juga rakan kenalan yang muka
mereka akan sentiasa muncul di gig-gig sekitar KL. Sempat juga minum-minum
petang dan berjumpa dengan saudara Dzul iaitu pemilik blogger UvianHell. Macam
biasa lah borak-borak santai dan topik utama memang muzik metal keseluruhannya.
Waktu maghrib baru kitaorang
masuk semula ke venue dan sebelum masuk ada rakan yang tunjukkan angka pas
masuk dah cecah nombor 500 lebih dan bila masuk ke venue memang crowd lebih
padat dan sempit dari sebelumnya. Masa tu Sil Khannaz sedang beraksi di pentas.
Macam biasa Sil Khannaz memang tidak pernah mengecewakan setiap kali beraksi.
Memang memberikan 100% kepuasan.
Selepas Sil Khannaz beraksi, ada
satu acara penyerahan anugerah ala-ala AIM…hahaahaha Tujuanya adalah untuk
memberi penghargaan kepada Insan-insan belakang tabir KL Metalcamp dan juga
Otai-otai scene metal tempatan seperti Aru (Koffin Kanser) dan
Roshdan(Punisher). Selepas acara tersebut baru lah band Punisher beraksi. Band
lama thrash metal tempatan akhirnya muncul sempena dengan rilisan debut EP
mereka.
Deadsquad mengambil alih pentas
selepas Punisher menamatkan persembahan mereka. Band yang berasal dari negara
jiran Indonesia ini berjaya memukau keseluruhan crowd dengan irama technical
death metal yang penuh bertenaga.
Band terakhir yang beraksi pada
malam tersebut adalah band yang aku nanti-nantikan iaitu Impiety. Populariti band ini memang
cukup terkenal di Malaysia mahupun di luar negara. Kali terakhir mereka beraksi
di KL adalah pada tahun 2012. 100% kepuasan tetapi sayang persembahan mereka
terpaksa dipendekkan atas sebab kesuntukan masa. Dah lewat malam. Anggaran
Metalhead yang hadir pada malam tersebut adalah dalam sekitar 800 ke 900 orang.
Tahniah penganjur, band dan crowd yang hadir pada malam tersebut.