Jumaat, 2 Disember 2016

KREATOR - Past Life Trauma 1985-2000


Sejarah aku bermula dengan wabak Kreator adalah melalui kaset kompilasi ini iaitu sekitar tahun 2005 dekat UiTM, Sabah. Masa tu ada seorang rakan aku yang juga merupakan peminat muzik ekstrim metal membeli kaset ni. Aku mula kenal Kreator seawal 2001 melalui bahan-bahan bacaan majalah. Hanya bila rakan aku membeli kaset ni barulah aku dapat dengar muzik mereka dan secara tidak langsung menarik minat aku. Macam biasa lah aku, pinjam-pinjam barang orang punya dan lepas tu hati tak puas memang aku akan beli sendiri...hahahaha


Selepas aku dengar kaset ni, barulah aku beli kaset album "endless pain" dan "pleasure to kill" yang mana dua-duanya keluaran label lagenda  tempatan iaitu Valentine Sound Production (VSP). Masa tu memang masih mudah untuk dapatkan kaset keluaran VSP. Macam aku cakap lah yang aku tetap beli kaset ni walaupun rakan aku sentiasa bagi pinjam. Ye lah lagi syok kalau beli sendiri..hahahaha Aku ingat lagi masa study dekat kontena aircond(bilik sementara untuk kuliah dan study untuk malam kerana waktu bangunan sekitar kampus kena renovate), waktu malam aku akan lepak dengan rakan aku untuk study di bilik tersebut sambil layan kaset ni(guna walkman). Apa nota yang aku belajar memang tak masuk dikepala kerana masa tu  yang aku hafal hanya lagu betrayer, pleasure to kill dan tormentor...hahahaha


Apa yang menariknya tentang kaset kompilasi ini adalah lagu-lagu yang dikumpulkan boleh dikatakan majoriti lagu-lagu killer Kreator antaranya, betrayer, pleasure to kill, endless pain, extreme aggression, under the guillotine, flag of hate, terrible certainty, terrorzone dan tormentor. Terdapat juga lagu renewal dan winter martyrium (album renewal) yang diselitkan dalam album kompilasi ini yang mana kita sedia maklum bahawa majoriti peminat tegar Kreator kurang menggemarinya. Tapi bagi aku bila dengar kedua-dua lagu ni memang tiada masalah pun menghadamnya walaupun lagu-lagu tersebut amat berbeza dengan trademark asal lagu-lagu ciptaan Kreator(mungkin selera yang berbeza-beza).


Kaset ni dikeluarkan oleh label Pony Canyon Malaysia untuk pasaran tempatan dan sudah pastinya kualiti kaset dan juga booklet yang dihasilkan adalah yang terbaik.Satu lagi aku suka tentang rilisan kaset ni adalah kulit kaset yang panjang dan padat dengan lirik, sedikit gambar dan  info-info  berguna untuk peminat baru dan semestinya peminat tegar Kreator. Mille Pettroza (vokalis/gitaris) yang merupakan frontman Kreator turut membuat sedikit catitan dan nota pada setiap lagu yang terdapat dalam album kompilasi ini. Kira info dan pengetahuan yang berguna juga lah pada masa tu untuk aku. Turut juga disertakan nama-nama line up yang pernah menganggotai Kreator dari tahun 1985 hingga tahun 2000.



5 ulasan:

  1. Kreator sodom ngan destruction mmg teutonic thrash legend.diorang je yg tetap pure thrash sampai skarang.pony canyon mmg suka kuarkan kaset warna pelik2 eh dulu..hehe

    BalasPadam
  2. Terbaik. Aku maish ingat zaman enemy of god, 24 jam kalau dengar muzik, ashik album tu je. Ok ni album baru aku ras aku nak beli original, yang first song tu wallllaaaa sedap cam nasik beryani. Cumaaa nak pilih europe cover atau amerika cover.

    BalasPadam
  3. Lagu baru dorang "Gods of Violence" giler sedap oo....apa barang Metallica...haha..

    BalasPadam