Rabu, 21 Disember 2016

KATHGOR - Descendants From the Depth


Sekitar tahun 2009/2010 aku pernah baca review pasal demo ni melalui fanzine metal tempatan tetapi review yang ditulis memang kurang jelas. Sehingga lah aku terbaca blog webzine metal dari France,  interview  tentang band Kathgor. Masa tu kalau tidak silap aku Kathgor baru sahaja merilis demo kedua mereka melalui label dari Italy iaitu Terror From Hell Records. Demo descendants from the depth merupakan debut demo mereka yang telah dikeluarkan pada sekitar tahun 2009. Terdapat dua versi cetakan demo ni yang mana cetakan asal kulit kaset berwarna putih dengan cover artwork yang berbeza dengan cover cetakan kedua dan dicetak terhad sebanyak 200 salinan(rasanya sudah sold out), manakala cetak yang saya miliki ini adalah cetakan kedua yang dikeluarkan oleh label tempatan iaitu Basement Records. Kaset ni aku beli semasa menghadiri satu gig dekat Solaris KL, dengan harga rm7.( Sangat murah kan).


Kathor merupakan band death metal tempatan yang berasal dari kajang kalau tidak silap aku. Apa yang menarik tentang band ni adalah vokalisnya adalah seorang wanita yang memang cukup growlnya(memang jarang nak jumpa kaum wanita ni minat muzik ekstrim).Ramuan old school death metal ciptaan mereka memang kena dikepalaku. Ada pengaruh Morbid Angel era Altar of Madness, riff-riff gitar thrash/death ala Sepultura era album Morbid Vision dan juga pengaruh-pengaruh barbarik seperi Sadistic Intent dan Necrovore. Pendapat peribadi aku amat jarang band-band dari malaysia yang membawakan aura-aura old school death metal era awal 90'an terutamanya band baru era millenium dan sudah semestinya Kathgor adalah penyambung warisan death metal tempatan yang dahulunya terkenal dengan band-band lagenda seperti Sil Khannaz, BrainDead, Senseless, Silent Death dan Suffercation.




5 ulasan:

  1. Wah..awek yer vokalis dia.power jugak.mmg payah nak jumpa awek nyanyi growl ni

    BalasPadam
  2. baru ku tahu band lokal, dan vokalisnya wanita. dulu pena juga lihat tape ni tapi tak tefikir mau beli, kalau tau lokal band vokalis wanita musti sambar sekeping buat koleksi..

    BalasPadam
  3. dah ada smule dara bertudung blasah lagu2 gini wahahaha.. Arch enemy melayukah nie..

    BalasPadam
  4. Saya ada keset ni versi cover merah. tapi dah jual huhuhu!

    BalasPadam