Ketika album ini diriliskan pada sekitar tahun 2006, keterujaan aku untuk membeli album ini tidak lah seperti aku mula-mula kenal band Sil Khannaz iaitu pada awal tahun 2001(tahun aku kenal muzik death metal), ini menjadi faktor penyebab aku terskip untuk beli album ni. Lagi satu sebab mungkin disebabkan cover kulit album yang aku sendiri kurang berminat melihatnya(pendapat peribadi aku)...hahahaha Sehingga lah tahun 2014, baru lah aku beli album ni untuk dijadikan koleksi peribadi.
Untuk album ini, gitaris asal mereka semasa dalam album debut Conception Of Madness, iaitu Joe Slaughter telah kembali berkhidmat dan bergandingan dengan Dark-E. Posisi drum pula diambil alih Ajeez(Langsuyr) yang kekal berkhimat sehingga hari ini. Bagi aku album ini memang mirip album Gerbang Kayangan dari segi susunan lagu death thrash yang digabungkan dengan susunan melodi nusantara begitu juga dengan keluruhan lirik lagu yang berbahasa melayu. Cuma bezanya adalah album gerbang kayangan boleh lah diiktiraf sebagai album klasik metal tempatan kerana dalam album tersebut terdapat lagu-lagu killer seperti santapan terakhir raja bersiong, gerbang kayangan dan merong mahawangsa yang menjadi kegemaran peminat muzik metal tempatan.
Dari segi penghasilan lagu dan hasil rakaman, Sil Khannaz masih lagi mengekalkan status mereka sebagai band ekstrim metal tempatan yang sentiasa menghasilkan rilisan yang berkualiti seperti rilisan-rilisan yang sebelumnya. Elemen kemelayuan yang terdapat pada setiap lagu-lagu death metal ciptaan mereka menyebabkan setiap karya yang mereka hasilkan sentiasa mendapat perhatian dan mudah dihadam oleh pendengar-pendengar biasa selain peminat metal tempatan. Kalau sebut Sil Khannaz, rakan-rakan aku yang bukan seorang metalhead pun kenal band ni. Pernah dulu tokey kedai muzik dekat campbell pernah cakap dekat aku yang Sil Khannaz kalau rilis apa-apapun tetap bole jual di kedainya...hahahaha
Album ini diedarkan oleh Label Interglobal Music(IGM) yang mana dulunya dikenali sebagai Pony Canyon. Label ni pun dulu pernah rilis album-album metal tempatan begitu juga dengan rilisan kompilasi ekstrim metal band-band bawah tanah. Aku pun tak tau mengapa album ini tidak diriliskan oleh label mereka iaitu Nebiula Production. Rasanya deal dengan IGM juga melibatkan cetakan semula album-album terdahulu seperti album Bara Pawaka, Gerbang Kayangan dan mini album Pendita Gila. Semua format tersebut diklasifikasikan sebagai Deluxe Edition.
Mungkin peminat lama Sil Khannaz era album Conception of Madness agak sukar untuk menghadam album ni memandangkan lagu-lagu dalam album ni kurang ganas dan buas berbanding dengan era awal kemunculan mereka. Bagi peminat diehard dan juga pengumpul-pengumpul karya muzik ekstrim metal tempatan, rilisan ni pastinya menjadi kewajipan untuk dijadikan koleksi peribadi. Rasanya album masih lagi boleh didapati di kedai-kedai muzik area campbell. Jangan tunggu ianya pupus kerana harganya pasti mencanak naik sehingga mencekik leher memandangkan album ni sudah pun berusia 10 tahun. Dengan kualiti rakaman yang dijamin terbaik dan booklet cd yang sedikit tebal, memang tak rugi pun kalau beli untuk dijadikan koleksi...hahahaha
SIL KHANNAZ dalam blog ni:
Sil-Khannaz - thunder roar