Isnin, 22 Ogos 2016

THRONEUM - Old Death's Lair

Aku ingat lagi semasa aku ingin membeli cd di gig Sickening Art sekitar tahun 2010 di Kota Kinabalu, Sabah. Aku datang awal masa tu dan aku terlihat cd ni dijual oleh peniaga metal dekat sana. Aku memang nak beli tapi aku rancang nak beli lewat sikit (kiranya nak round-round sambil lepak dengan rakan dulu). Malangnya cd tersebut telah dibeli orang lain. Memang menyesal habis aku masa tu...hahahaha Nasib baik aku dapat beli semula album ni melalui distro tempatan iaitu sekitar tahun 2012 dan menjualnya pada harga yang sangat-sangat murah. Cd ni memang antara yang sukar diperoleh memandangkan labelnya yang kurang dikenali. Band Throneum ni memang aku dah kenal sejak tahun 2006 lagi dan boleh dikatakan setiap album aku beli kecuali ep dan split album yang banyak sangat rilisannya sampai aku pun tak larat nak kumpul.
Album ni merupakan album debut Throneum yang dikeluarkan sekitar tahun 1998. Bagi yang belum mengenali band Throneum, band ni berasal dari Poland dan memainkan irama Old Death Metal. Mengikut pendapat aku, kalau era mainstream band death metal yang terkenal berasal dari Poland adalah Vader dan Behemoth, manakala untuk pasaran muzik bawah tanah, Throneum adalah rajanya. Band ni boleh lah diklasifikasikan dan sama tarafnya dengan Nun Slaughter dan Sabbat(Jepun) memandangkan band ni memang aktif mengeluarkan material tiap-tiap tahun. Untuk album ni bagi aku memang tidak lah seganas dan selaju rilisan terbaru mereka. Bagi peminat underground death metal memang tiada masalah untuk menghadam lagu-lagu mereka. Album ni rasanya dikeluarkan semula melalui label dari Poland iaitu Pagan Record dan dikeluarkan dalam format digipak. Tahun lepas aku ada review album ketiga mereka. Sila rujuk sini


5 ulasan:

  1. klu sama macam sabbat memang nda tekejar rilisannya..

    BalasPadam
  2. Band2 underground ni kalo kuar album bab packaging n artwork mmg terbaik.btw,lama menyepi bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. faktor kerja bro....ni try aktif mcm thn lepas..

      Padam
  3. bukak youtube...jumpa lagu Creeping And Trustful...boleh tahan best..

    BalasPadam
  4. Thank you sharing. Kalau tak aku tak tahu ni semua.

    BalasPadam