Selasa, 22 Disember 2015

SUFFOCATION - Nightmare in Red

Satu lagi keluaran cetakan semula demo klasik lagenda death metal malaysia iaitu Suffocation"Nightmare in Red". Suffocation menukar nama kepada Suffercation selepas muncul dengan album sulung "day of darkness". Demo ni dikeluarkan semula dalam format kaset oleh label underground tempatan iaitu Afterlife Production dalam kuantiti yang terhad iaitu 200 keping. Peminat muzik berat yang muncul pada era millenium seperti aku ni memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan demo klasik death metal tempatan. Aku direct order terus, sebab takut melepas memandangkan cetakan semula ni amat terhad.
Apa yang menarik tentang keluaran semula ni adalah disertakan sekali interview Suffercation di dalam inlay kaset. Dapat juga sedikit info tentang sejarah band ni..hehehe Dalam interview ni Suffercation memberitahu yang pengaruh  mereka pada zaman demo adalah daripada band Sepultura era album "beneath the remain". Tajuk demo mereka pun dah mejelaskan tentang pekara ni.Tapi terus terang aku cakap yang album sulung mereka lagi berat dan lebih pure death metalnya dari demo ni yang mana demo nightmare ni pengaruhnya lebih ke arah thrash metal.



Selasa, 15 Disember 2015

THE HIDDEN / SYMPOSIUM split kaset

Kaset split The Hidden dan Symposium ni dikeluarkan pada sekita tahun 2004 melalui label tempatan iaitu Psychic Scream Entertainment. Dua-dua band Malaysia, The Hidden band membawakan irama Melodic Death Metal ala-ala Soilwork dan In Flames manakalah band Symposium membawakan irama Symphonic Black Metal ala-ala Cradle of Filth dan Dimmu Bogir. Kaset ni aku beli pada hujung tahun 2014 sekali dengan kaset-kaset Soilwork keluaran Psychic Scream dengan harga 3 keping rm10( kasset longgok murah dan masih berbungkus). Aku dah dengar album ni sekitar tahun 2004 melalui roomate aku di UiTM. Aku tumpang dengar lah. Memang best juga album ni. Rasanya aku hanya dapat sedikit info tentang band The Hidden melalui majalah. Band The Hidden ni adalah serpihan band Herriot. Rasanya vokalis je yang berbeza...hahahaha Kalau Herriot punya muzik lebih ke arah In Flames album "colony", The Hidden pula lebih ke arah Soilwork dan In Flames album"clayman". Band ni pernah perform di Konsert Rock The World 5 dan aku beli vcd tersebut hanya disebabkan nak tengok band ni perform live...hahahaha Lagu "the curse of the fallaride" pernah popular di sebuah stesen radio metal Australia(tak tau betul ke tak cerita ni) Kalau search dekat Youtube ada video klip The Hidden yang bertajuk"empathy".  Sayang kaset ni tidak pernah dirilis dalam format CD.


Jumaat, 11 Disember 2015

PERPETUAL - Grind Your Mind

Bagi yang belum mengenali band Perpetual, band ni berasal dari Sabah, ditubuhkan pada sekitar tahun 1995,memainkan irama grindcore dan merupakan band generasi extreme metal yang terawal wujud di Sabah. Aku mengenali band ni hanya sekitar awal 2005, iaitu semasa menuntut di UiTM Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu aku dah kenal ramai kenalan yang minat muzik berat. Ada seorang rakan yang aku kenal ni memang seorang kaki grindcore. Dia berasal dari sandakan iaitu bandar tempat tertubuhnya band Perpetual dan  melalui dia aku kenal band Perpertual, siap bagitau sejarah dan aktiviti band tersebut. Lepas borak-borak, dia bagi pinjam aku kaset split Perpetual/Demisor dan sejak hari itulah aku dapat sedikit sebanyak info tentang band Perpetual. Pada pada masa tu juga ada seorang rakan(yang pasti bukan seorang metalhead) jual split cdr Perpetual/Torture Incident dengan harga rm5 dekat aku. Aku terus beli lah..harga murah dan itu merupakan pembelian pertama aku untuk band Perpetual. Album ni pula aku beli dekat Kompleks Campbell pada tahun 2014 dengan harga RM20. Pada mulanya aku nak beli direct online melalui band, tapi bila cd ni ada dijual depan mata, memang aku terus sambar je...jimat postage. Album ni mengandungi 10 buah lagu yang totally 100% grindcore. Rujukan yang paling terdekat untuk album ni sudah semestinya dari album-album awal Napalm Death dan juga album pertama Terrorizer. Senang cerita album ni adalah makanan untuk kaki-kaki grindcore. Kualiti rakaman pun amat memuaskan. Recommended!!! BRUTAL HARSH GRINDCORE FROM THE LAND BELOW THE WIND!!!!


Isnin, 7 Disember 2015

HERRIOT - Transworld Chaos

Selepas meriliskan EP "Celestial Obelisk" pada tahun 2001, Herriot muncul dengan album baru bertajuk "Transworld Chaos" pada tahun 2001. Pada masa tu memang aku tak tahu langung tentang kewujudan album ni dan sehingga lah aku terbaca review dari majalah ROTTW pada awal tahun 2002 kalau tidak silap aku dan review yang aku baca rasanya memang tidak banyak membantu menjelaskan album tersebut...ini pendapat peribadi aku lah...hahahaha Hanya selepas aku membeli kaset kompilasi Panggilan Pulau Puaka Vol 4, part 2 baru lah aku dapat dengar salah satu lagu yang terdapat dalam album ni iaitu "Life Hunter". Maklum lah rasanya album ni memang tidak pernah pun dijual di kedai muzik sekitar bandar Tawau dan memang tiada peluang lah untuk aku mendengarnya.
Hanya sekitar tahun 2003 baru aku dapat dengar album ni, iaitu melalui kaset yang aku pinjam dari abang sepupu aku. Dia belajar dekat bandar Kota Kinabalu, memang senang lah beli album ni. Kaset inlay dan kotak semua dah hilang dan hanya tinggal kaset sahaja...boleh lah, janji sound kaset masih boleh dengar..cuma feel terbantut sedikit disebabkan tiada kaset inlay untuk dibelek dan dibaca..hahahaha Tahun 2004 baru lah aku dapat tengok inlaynya memandangkan roomate aku masa belajar dekat UiTM ada memliki kaset ni. Album memang selalu menjadi playlist dalam bilik asrama kami. Hujung tahun 2014 baru aku beli kaset ni di kedai Nebiula memandangkan masa tu kedai nak tutup dan kaset ni dijual dengan harga rm10(masih bungkus lagi). Ada duit lebih memang sambar.
Album ni mengandungi 9 buah lagu keseluruhannya yang padat dengan irama Melodic Death Metal. Rasanya rujukan yang paling hampir untuk album ni adalah mirip album In Flames "Colony". Ada dua lagu yang menggunakan clean vokal iaitu "light my darknesss" dan "coming home". Lagu "eastern massacre" pula riff gitar dan rentak lagu memang lebih terarah old school death metal, kurang melodi berbanding dengan lagu-lagu yang lain. Lagu kegemaran aku pastinya "nation of parasite", "life hunter" dan "transworld chaos". Cuma dalam album ni dan EP mereka yang lepas bagi aku hanya 1 sahaja yang aku tak suka iaitu bunyi snare drumnya. Keseluruhan album bagi aku tiada masalah mendengarnya disebabkan riff-riff lagu yang melodi, melekat dikepala dan senang diingat. Sayangnya disebabkan aku terlepas pandang album ni, aku tak dapat beli format cd yang suda pupus dipasaran.


Selasa, 1 Disember 2015

SIL KHANNAZ - Thunder Roar

Terus terang aku cakap bahawa band pertama yang membuatkan aku tertarik dengan Death Metal adalah Sil Khannaz iaitu pada sekitar awal tahun 2001, dua bulan sebelum isu Black Metal menyerang Malaysia. Sebelum Sil Khannaz, dekat kepala aku hanya ada Iron Maiden, Cromok, XPDC, FTG, Metallica...sangat cetek pengetahuan aku..hahahaha. Aku dengar lagu-lagu Sil Khannaz pun melalui jiran sebelah rumah aku dan sejak itu bermulanya minat aku terhadap muzik death metal.
Pada mulanya aku hanya ingin beli EP ni dalam format cd sahaja, tapi disebabkan cover cd dan kaset berbeza, aku terus mengambil keputusan membeli kedua-duanya sekali. Lagipun masa tu ada duit lebih....hahaahaha EP Thunder Roar dikeluarkan oleh label baru iaitu Mamat Records dalam format cd dan kaset yang mana format kaset pula hanya terhad kepada 100 cetakan. Pembeli format cd pula akan dapat percuma gambar poskad Sil Khannaz. Harga jualan hanya rm20 untuk cd dan rm15 untuk kaset. Murah dan berbaloi dengan kualiti cetakan kulit cd dan kaset. Mungkin 10 tahun akan datang harganya dah mencecah berkali-kali ganda...hahahaha
EP ni mengandungi empat buah lagu, dua lagu bahasa melayu dan dua lagu bahasa inggeris. Aku dah 5 kali dengar EP ni dan bagi aku, peminat EP pendita gila dan album gerbang kayangan pasti sukakan EP thunder roar ni kerana ramuannya hampir sama dengan EP dan album tersebut. Semua lagu memang kena dikepalaku. Berbanding dengan album terakhir Sil Khannaz iaitu berdiri antara panji-panji yang aku rasa agak susah sikit nak hadam. Sememangnya untuk kumpulan Death Metal di Malaysia pada pendapat aku, Sil Khannaz adalah juaranya dari segi penulisan lirik bahasa melayu.(pendapat peribadi aku lah) Kalau dari segi kualiti rakaman pun bagi aku Sil Khannaz tetap yang terbaik.