Selasa, 24 November 2015

NARSAMUM - Blasphemy...Revenge...Reincarnation

Pertama kali aku kenal band Narsamum iaitu pada tahun 2001 melalui kaset ep "dream of death" yang aku pinjam dari abang sepupu aku. Terus terang aku cakap yang kaset ep tu memang tidak menarik minat aku terhadap band Narsamum. Mungkin disebabkan kualiti rakaman ep tersebut yang aku rasa macam teruk...hahahaha Hanya sekitar tahun 2005 baru aku minat balik band Narsamum ni selepas mendengar cd kompilasi panggilan pulau puaka vol 2 melalui lagu "hellfire". Memang jauh beza kualiti rakaman lagu tersebut dengan ep "dream of death". Dengan bukti kewujudan demo ni yang dirilis sekitar tahun 1993, rasanya band ni merupakan band terawal death metal untuk negeri Johor. Demo ni diriliskan semula oleh drummer Narsamum iaitu pada tahun 2012 melalui format cdr dalam kuantiti yang terhad iaitu 100 keping. Aku bila dapat berita tentang rilisan semula demo cdr melalui facebook, terus order la jawabnya. RM15 sekali poslaju...hahahaha Dapat juga aku iaitu salah seorang generasi metal era millenium ni memiliki demo klasik ni. Harap-harap nanti adalah label yang berminat untuk keluarkan lagi demo ni dalam format kaset profesional.

Isnin, 23 November 2015

SOILWORK - Natural Born Chaos

Kaset ni pernah aku lihat di rak kedai kaset (nama kedai tu Top Ten yang terletak di bandar tawau) semasa aku sedang mencari nak beli kaset-kaset metal iaitu pada sekitar tahun 2002. Maklumlah masa duit dalam poket dah cukup RM25 hasil dari simpanan duit belanja sekolah...hahahaha. Masa tu memang aku tak tau apa-apa tentang band Soilwork. Hanya dengan tengok logo kaset keluaran Nuclear Blast dan dilesenkan oleh Psychic Scream Entertainment untuk pasaran malaysia, aku dapat agak yang band ni memang band Metal..hahahaha(masa tu ilmu memang terlalu cetek). Disebabkan nama Soilwork dan logo yang tak nampak metal, aku mengambil keputusan untuk membeli kaset album Cannibal Corpse "gore obsessed" memandangkan aku dah kenal dengan Cannibal Corpse...hahahaha Bila dua minggu kemudian bila aku nak beli kaset ni semula memang melepas lah...Tak tau lah sapa yang beli. Ada juga orang lain di Tawau minat Soilwork...heheehe
Kaset ni sekali aku beli dengan kaset album " a predator's potrait" yang di jual longgok 3 keping rm10..hahahaha Jual murah memang aku beli terus. Album ni pun aku dah dengar masa dekat UiTM melalui classmate aku yang seorang peminat melodic death metal...hahahaha Album ni memang tak banyak beza dengan album "a predator's potrait". Cuma album ni susunan muziknya lebih moden sikit dengan clean vocal dan macam dah nak ke arah Nu-Metal. Sebab itu aku lebih suka album predator yang aku rasanya lagi berat sikit keseluruhan lagunya. Aku tiada masalah nak dengar album ni. Kira album ni aku boleh layan lah. Kalau era 90'an irama Melodic Death Metal berjaya menarik pengemar muzik metal dengan album-album klasik seperti "the jester race", "the galery" dan "slaughter of the souls"..era millenium ada album "Natural Born Chaos" sebagai penyambung legasi.

Jumaat, 20 November 2015

SOILWORK - A Predator's Potrait

Salah satu kaset longgok yang aku beli pada hujung tahun 2014 dengan harga rm10 untuk 3 keping dan masih berbungkus. Album ni aku pernah dengar sekitar tahun 2005 iaitu semasa menuntut di UiTM. Classmate aku bawak kaset ni dan bagi pinjam dekat aku. Aku dengar dekat asrama masa tu. Aku memang tiada masalah untuk dengar band-band Melodic Death Metal, sebab band-band seperti In Flames, At The Gates dan Arch Enemy memang aku dah layan cuma pada masa tu aku punya selera memang lebih terarah kepada band-band Old Death Metal...hehehehe Untuk album ni memang lagu pertama "bastard chain" antara yang aku suka dan aku masi ingat riff-riff gitarnya. Soilwork punya muzik Melodic Death Metal memang moden sikit dan riff-riff gitarnya ada sedikit teknikal berbanding dengan band-band Gothenburg (In Flames, At The Gates dan Dark Tranquillity). Cuma band ni memang aku tak ikut sangat dia punya diskografi, hanya setakat album ni dan album "follow the hollow". Itu pun disebabkan kaset longgok yang dijual murah. Kalau tak memang aku tiada peluang nak beli kaset ni memandangkan banyak lagi senarai utama album yang tunggu giliran untuk dibeli...hahahaha. Bajet oh bajet...

Selasa, 17 November 2015

HERRIOT - Celestial Obelisk

Gara-gara terpengaruh dengan genre muzik Melodic Death Metal pada sekitar tahun 2002, salah satu band yang menjadi perhatian aku pada masa tersebut adalah band Herriot yang berasal dari negeri Kedah. Aku kenal band ni pun melalui kompilasi kaset panggilan pulau puaka part 1 volume 3 yang aku pinjam dari rakan sekolah. Yang bestnya aku dihadiahkan katalog hitam/putih label psychic scream yang cover depan adalah ep Herriot "celestial obelisk". Mungkin sebab rakan aku ni memang bukan seorang metalhead, jadi dia bagi lah dekat aku memandangkan katalog tersebut adalah pemberian dari abang beliau..hahahaha
Cuma masalah yang aku hadapi bila duduk area tawau adalah masalah sukar nak dapatkan ep ni. Kalau ada pun mungkin hanya ada sekeping sahaja. Nasib lah sapa yang duduk area tawau terpaksa berebut...hahahaha \Kaset EP ni pun aku beli pada hujung tahun 2003 di Kota Kinabalu iaitu semasa menuntut di UiTM. Aku ingat lagi EP ni antara yang kerap aku main semasa dalam bilik asrama dan juga sebelum kuliah bermula. Bawak Walkman dan dengar kaset sambil menunggu pensyarah masuk bilik kuliah..hahahaha. CD aku beli masa aku dah berhijrah dekat KL, beli dekat Campbell Kompleks.
Lagu-lagu dalam EP ni memang senang nak hadam dan aku boleh ingat dikepala semua riff-riff  dan melodi lagu-lagunya. Harmoni duo gitar ala-ala Iron Maiden memang sedap sangat didengar berkali-kali..hahahaha Cuma part-part keyboard tu yang pada aku rasanya macam tak kena dengan lagu. Lagi sedap kalau tiada keyboard..hahahaha Band ni pernah mendapat gelaran "In Flames Malaysia" dan tidak hairan lah dalam thanklist ep ni dinyatakan bahawa In Flames adalah sumber inspirasi utama band Herriot. Dengar cerita EP antara yang terlaris pernah dijual oleh label Psychic Scream. Salah satu koleksi klasik band metal malaysia yang berbaloi untuk dimiliki. Selepas kelahiran  EP ni, Herriot berjaya menghasilkan debut album iaitu "transworld chaos" pada tahun 2001 dan selepas tu rasanya band ni dibubarkan. MELODIC DEATH METAL MADE IN MALAYSIA!!!!


Khamis, 5 November 2015

IN FLAMES - lunar strain /subterranean

Pada sekitar tahun 2002, aku diperkenalkan dengan satu lagi cabang genre death metal yang pertama kalinya aku dengar iaitu Melodic Death Metal. Pada masa tu rasanya aku terbaca artikel melalui majalah tentang cabang muzik death metal(maklumlah dah lebih setahun aku terlalu taksub dengan genre Death Metal). Sebelum ni aku hanya tahu setakat Death Metal dan cabangnya yang lagi ganas iaitu Brutal Death Metal. Jadi bila dah diperkenalkan dengan genre Melodic Death Metal, secara automatiknya terjumpa lah band-band yang terkenal seperti In Flames, At The Gates dan Dark Tranquillity dan juga studio rakaman yang terkenal iaitu Studio Fredman.
Setelah membuat sedikit rujukan, maka hati tergerak nak dapatkan album-album band tersebut. Tapi misi gagal disebabkan kesukaran aku untuk mendapatkannya (masa tu duduk area tawau memang susah sangat nak dapatkan). Nasib baik ada seorang jiran aku yang berjaya meminjam kaset In Flames album " The Jester Race" dan kaset  dubbing album "Whoracle" dari sahabat sekolahnya. Masa tu dia juga bernasib baik kerana dapat membeli sekeping kaset In Flames album "colony" yang satu-satunya dijual di kedai kaset area tawau. Jadi maknanya terpaksa aku meminjam lag...hahahaha Rasanya pada bulan september 2002 baru aku berpeluang beli kaset album "Colony" di Kota Kinabalu, iaitu semasa menghadiri kenduri majlis kahwin makcik aku. Album Lunar Strain pula aku beli sekitar tahun 2004, iaitu semasa masih menuntut di UiTM KK. Aku beli versi cetak rompak cdr je. Baru tahun ni sahaja aku dapat beli yang original. Ada duit sikit melaburlah beli yang original..Kira 10 tahun juga lah jaraknya aku upgrade album ni dari versi cdr ke versi ori.(album ni ditinggalkan disebabkan aku hanya fokus dengan old school death metal terutamanya dari stockholm..hahahaha)

Album Lunar Strain ni adalah album pertama In Flames dan muziknya 100% berbeza dari In Flames yang kita kenal hari ni. Album ni merupakan salah satu cabang/asal-usul akar genre Melodic Death Metal yang sezaman dengan album At The Gates" Terminal Spirit Disease" dan Dark Tranquillity " Skydancer ". Band-band ni adalah pelopor utama genre Melodic Death Metal yang juga digelar Gothenburg Sound/Gothenburg Death metal memandangkan semua band tersebut berasal dari Gothenburg,Sweden. Pernah aku terbaca interview bekas gitaris In Flames yang juga pengasas band ni, iaitu Jesper Stromblad yang memberitahu bahawa semasa diawal penubuhan In Flames, beliau hanya ingin mencipta muzik death metal yang digabungkan dengan melodi New Wave of British Heavy Metal yang sehingga kini kita kenali sebagai Melodic Death Metal. Satu lagi fakta yang penting adalah kesemua album klasik Gothenburg Death Metal termasuk demo dan album Lunar Strain dirakamkan di Fredman Studio. Kalau Stockholm boleh berbangga dengan hasil rakaman Sunlight Studio, Gothenburg pula ada Fredman Studio.
Album ni dikeluarkan pada tahun 1994 melalui label dari Sweden, Wrong Again Records. Versi cd yang aku miliki ni adalah versi cetakan semula tahun 1999 yang digabungkan sekali dengan EP subterranean 1995 melalui label Regain Records( rasanya label yang sama iaitu Wrong Again Records dan cuma tukar nama je...hahaha). Kalau lagu-lagu dari album lunar strain lebih kepada gabungan melodi death metal dan muzik folk sweden, ep subterranean pula banyak pengaruh speed metal. Vokalis memang berbeza dimana album lunar strain dinyanyikan oleh Mikael Stanne(Dark Tranquillity) manakala ep subterranean dinyanyikan oleh vokalis Henke Forss(Dawn). Zaman Lunar Strain / Subterranean ni adalah zaman In Flames hanya berstatus side project band sehingga lah terhasilnya album kedua mereka iaitu "The Jester Race". Kalau ada yang baru nak kenal In Flames rasanya lebih elok dengar album ni jika selera anda bukanlah penggemar muzik moden. Album era millenium rasanya boleh diabaikan dulu kerana dikhuatiri anda akan kecewa nanti...hahahaha

Selasa, 3 November 2015

SILENT DEATH - Before The Sunrise

Kalau diikutkan sejarah hidupku, Silent Death adalah band death metal malaysia yang kedua aku kenal selepas Sil Khannaz iaitu selepas meminjam kaset kompilasi Panggilan Pulau Puaka vol.1 dari rakan sekolah aku pada tahun 2001. Masa tu aku dah taksub sangat dengan muzik ekstrim metal ni terutamanya death metal dan melalui aktiviti pinjam-meminjam dari rakan sekolah ni lah yang dapat menambahkan ilmu aku tentang muzik ekstrim metal. Tapi kebanyakan kaset-kaset yang aku pinjam dari rakan sekolah aku semuanya hak milik abang mereka. Senang cerita semua rakan sekolah aku semuanya bukanlah peminat muzik ekstrim metal...dorang ni pun macam orang lain juga sekadar mendengar sahaja..hahahaha
Pada masa tu rasanya aku mengabaikan semua lagu di dalam kaset kompilasi tersebut memandangkan sound kaset tu dah rosak dan tak jelas. Kira Potong stim lah nak dengar lagu Silent Death...hahahaha Rasanya pada sekitar hujung tahun 2005 baru aku membeli kaset album "before the sunrise" ni. Masa tu ada duit lebih dan hati tergerak nak beli album ni...hahahaha Menyesal juga lah tak beli album ni  sejak dari awal lagi...lagu semua sedap-sedap dan sememangnya melekat dikepala. Album ni diiktiraf antara album terbaik death metal malaysia yang dihasilkan pada era awal 90'an sezaman dengan Suffercation"day of  darkness", Brain Dead " from the ecstacy" dan Sil Khannaz "conception of madness". Aku tak hairanlah mengapa sehingga kini masih ada lagi generasi baru metalhead malaysia dan negara luar mencari album ni.
Sehingga hari ini, album ni dah diulang cetak sebanyak tiga kali iaitu 1 format kaset keluaran Psychic Scream Entertainment (tahun 2004) dan 2 kali format cd keluaran Thrashingfist Production (tahun 2009 dan 2015. Cetakan asal album ni adalah keluaran Dark Journey Records dalam format kaset pada tahun 1993. Jumlah keseluruhan versi cetakan kaset ni ada 4 versi iaitu 2 versi kaset dan 2 versi cd( setiap versi cd hanya terhad kepada 500 cetakan). Aku punya koleksi hanya ada 3 versi sahaja yang mana semuanya versi cetakan semula. Hanya versi asal(Dark Journey Record) sahaja yang belum ada dalam simpanan. Kalau nak beli rasanya memang aku dah tak mampu memandangkan harga yang mahal.(kalau nak beli memang kena tunggu kena loteri...hahahaha)
Dalam 4 versi album ni, rasanya aku tak bekenan dengan cetakan cd versi 2009 keluaran Thrashingfist Production. Inlay cd hanya jenis yang lipat dua dan sangat simple. Senang cerita memang mengecewakan lah...hahahaha Walaupun versi cd 2009 ni kualiti inlaynya yang kurang memuaskan, versi ni dah capai status soldout pun. Ada rakan yang tak berkesempatan membelinya menawarkan kepada aku untuk membelinya dengan harga yang mahal. Tapi hati tetap tak nak jual...hahahaaha. Versi cd 2015 rasanya yang terbaik setakat ni dengan booklet yang berkualiti+tebal+gambar-gambar rare+lagu bonus. Tak lama lagi cd ni akan capai status soldout dan harga pun akan melambung tinggi pada masa hadapan....hahahaha Bagi aku album ni wajib dimiliki oleh metalhead tempatan memandangkan ia merupakan bahan sejarah muzik ektrim metal malaysia.
Dekat atas ni adalah inlay versi 2009(jenis yang lipat dua) manakala yang dibawah adalah booklet versi 2015