Selasa, 20 Oktober 2015

HYPNOSIA - Extreme Hatred

Band ni aku kenal rambang melalui list jualan cd yang diiklankan dekat forum metal terus(dah tutup pun forum ni) iaitu sekitar tahun 2009. Masa tu kalau nak beli memang kena buat kajian dekat youtube. Memang ada niat nak beli tapi apakan daya senarai album yang nak dibeli memang padat, bajet tak cukup dan album ni terpaksa aku lupakan..hehehe. Tahun 2014 baru aku ada peluang dan ada lebihan duit nak beli album ni. Aku beli melalui distro metal tempatan yang diiklankan di ruangan facebook dengan harga rm45 sekali poslaju. Murah dan berbaloi. Hypnosia berasal dari Sweden dan membawakan muzik thrash metal. Kalau peminat album Kreator era "pleasure to kill" hingga "coma of soul" + album Sepultura era "beneath the remain" hingga "arise" memang tiada masalah untuk hadam album ni kerana semua ramuan ada pada album "extreme hatred". Senang cerita album ni adalah makanan untuk peminat thrash metal. Album ni dikeluarkan pada sekitar tahun 2000 melalui label hammerheart record dan satu-satunya album tunggal Hypnosia dan selepas itu band ni dibubarkan pada sekitar 2002. Band ni pun masih ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudnya. Bagi aku album ni memang berbaloi dibeli. Sekali sekala melayan band bawah tanah macam band Hyposia ni memang dapat memberikan kepuasan yang maksima untuk diri sendiri.

4 ulasan:

  1. Ko sebut metal terus forum tu buat aku teringat2 la...best betul zaman tu...dan aku masih simpan compilation Metal to Metal hasil terbitan komuniti Metal Terus Forum....

    BalasPadam
    Balasan
    1. forum tu byk mmbantu la sblm semua org brpindah ke alam facebook..zaman internet sgt2 berguna..

      Padam
  2. Nice post. Aku suka baca2 gini, walaupun band ke album ke dah lama atau dah dibubarkan tapi peminat masih menghargai dan masih menulis pasal album atau band tersebut.

    BalasPadam
  3. betul..tau band ni pun dari metal terus jugak.zaman facebook ni zaman fitnah..heheh

    BalasPadam