Selasa, 3 April 2018

DISMEMBER - Casket Garden


Pada awal tahun 90’an iaitu sekitar tahun 1990 hingga tahun 1993, scene death metal berada dikemuncak selepas munculnya album-album death metal terbaik dari seluruh pelusuk dunia, dan tidak ketinggalan juga scene Swedish death metal yang diterajui oleh band-band hebat seperti Entombed, Dismember, Grave dan Unleashed. Entombed merupakan pencetus populariti Swedish death metal dengan kehebatan debut album mereka “left hand path”(1990) dan album kedua “clandestine”(1992). Mereka sekali telah menggemparkan  scene death metal dunia iaitu pada sekitar tahun 1994, telah muncul dengan album “wolverine blues” yang mana album tersebut berkonsepkan death n roll(element death metak diadun dengan muzik hard rock). Dismember juga tidak ketinggalan dan melakukan eksperimentasi yang sama melalui kemunculan ep “casket garden” iaitu pada sekitar tahun 1995.


Melalui ep ini, 3 buah lagu telahpun dicipta, yang mana dua buah lagu iaitu “casket garden” dan “justifiable homicide” berentak death n roll manakala satu lagu lagi iaitu “wardead” masih lagi mengekalkan sound asal old death metal. Cuma dari segi keberatan sound gitar tu berkurang. Mungkin disebabkan tombol volume boss heavy metal distortion tidak berada pada volume maksima. Melalui ep ini, mereka memberi mesej kepada peminat mereka pada waktu tersebut bahawa mereka bakal muncul dengan album yang berkonsepkan death n roll, yang mana selepas itu terbit lah album “massive killing capacity”, iaitu pada sekitar tahun 1995. Kiranya ep  ini adalah salah satu langkah promosi Dismember dan Label mereka pada waktu tersebut iaitu Nuclear Blast records untuk album penuh “massive killing capacity”. Lagu “casket garden” merupakan satu-satunya lagu dalam ep ini yang sentiasa menjadi setlist live Dismember dan juga merupakan lagu popular dan menjadi kegemaran peminat mereka termasuk saya.