Jumaat, 20 Januari 2017

DISMEMBER - The God That Never Was


Album ni muncul sekitar tahun 2006, iaitu semasa aku masih lagi merasa kesedapan album "where iron crosses grow". Kiranya album ni muncul ketika album WICG masih lagi kekal dalam playlist aku. Secara kebetulan masa aku pergi ke bandar KK aku pergi ke kedai yang selalu jual barangan metal. Masa tu bila selak-selak cdr yang dijual, aku terjumpa la album. Tanpa pikir panjang aku terus beli album ni walaupun dalam format cetak rompak cdr. Masa tu aku belum lagi pandai membeli barangan metal melalui pos dan juga online. Aku hanya beli apa yang dijual dikedai sahaja. Hanya sekitar tahun 2009 iaitu bila dapat kerja tetap baru lah aku upgrade dan beli cd album yang original.


Dengan tajuk album "the god that never was", pada pendapat aku album ini merupakan album dismember yang paling ganas dan juga paling kufur. Artwork cover album masih lagi menggunakan hasil lakaran Dan Seagrave yang mana sebelum ni menghasilkan lakaran artwork album terdahulu mereka. Bagi aku cover album ni adalah cover album dismember yang aku paling suka. Dalam album ni juga pemain bass asal mereka iaitu Richard Cabeza tidak lagi bersama mereka dan dalam masa yang sama mereka mengrekrut seorang lagi pemain gitar yang baru iaitu Martin Persson.


Tracklist dalam Album ni:

1) The God That Never Was
Track permulaan dalam album ni yang tajuk lagunya sama dengan tajuk album. Diawal permulaan lagu sudah dapat dirasa trademark riff gitar dismember sehingga lah ke penamatnya. Aura old school death metal dengan ramuan kelajuan thrash metal cukup membuatkan lagu ni menjadi antara lagu kegemaran aku. Berdurasi tidak sampai 3 minit dan semestinya membunuh.

2) Shadow Of The Mutilated
Lagu yang lebih kurang sama aura, sama tempo kelajuan dan kebuasannya dengan track 1 cuma durasinya panjang sedikit iaitu 3.26 minit. Dismember terus-menerus menyerang dengan riff-riff gitar trademark old death metal ciptaan mereka.

3) Time Heal Nothing
Tempo kelajuan agak kurang sedikit berbanding dengan dua track sebelumnya. Dengan trademark riff-riff old death metal dan ditambah sedikit ramuan melodi, bolehlah dikategorikan sebagai lagu separa berat dan separa melodi.

4) Autopsy
Seperti biasa  setiap kali dismember cipta lagu, mesti ada satu lagu yang betul-betul kuat pengaruh band Autopsy. Dari segi susunan lagu dan tempo memang lagu ni cukup kuat perasa Autopsy..hahahaa Lirik lagu memang gore habis. Setiap kali aku dengar lagu ni memang aku membayangkan movie texas chainsaw massacre. Ending lagu ada diselitkan bunyi chainsaw.

5) Never Forget, Never Forgive
Track lagu paling pendek dan berdurasi 1minit 44 saat. Tempo lagu yang pantas ala-ala thrash metal dan diadun dengan riff-riff gitar death metal dengan tone bunyi gitar yang berat. Sama auranya dengan lagu track 1 dan 2.

6) Trails Of The Dead
Intro lagu bermula dengan bunyi mesingan dan letupan bom, memang sesuai dengan lirik lagu yang berkisar tentang peperangan. Riff-riff gitar dan tempo lagu sangat kuat pengaruh death metal ala Autopsy. Satu-satunya lagu yang mempunyai klip video di era millenium dan yang terakhir sebelum Dismember dibubarkan.

7) Phantoms (Of The Oath)
Satu-satunya track instrumental dalam album ni. Gabungan trademark old school death metal ciptaan Dismember dan diadunkan dengan melodi ala-ala British Heavy Metal dan juga Gothenburg Melodic Death Metal. Gelaran Iron Maiden Death Metal memang sesuai untuk Dismember.

8) Into The Temple of Humiliation
Intro lagu bermula dari slow doom tempo dan bertukar sedikit laju ala-ala pukulan death metal Autopsy dan bertambah laju lagi dengan trademark riffing old death metal Dismember.

9) Blood For Paradise
Stail Old School Death Metal Autopsy...yearggghh..Autopsy....Autopsy dan Autopsy....

10) Feel The Darkness
Lagu mirip-mirip track klasik casket garden dan let the napalm rain yang penuh dengan trademark death n roll!!!

11) Where No Ghost Is Holy
Lagu ni mirip lagu-lagu Dismember era album death metal dan hate campaign. Dengan riff death metal yang kejam dan dicampur aduk dengan riff melodi ala-ala British heavy metal memang sesuai sebagai lagu penutup untuk album ni.




Apa yang pasti album ni merupakan album kegemaran aku untuk era millenium selepas album "where iron crosses grow". Semestinya trademark swedish death metal dikekalkan dengan gabungan pengaruh kuat lagenda band kegemaran mereka iaitu Autopsy. Kalau album sebelumnya muncul sebagai pembuka jalan kembalinya Dismember dengan trademark klasik riff-riff gitar swedish death metal era 90'an, album ni pula sebagai bukti yang mereka sentiasa mengekalkan trademark tersebut dan sememangnya status raja swedish death metal dunia adalah milik mereka pada era millenium.