Isnin, 26 Oktober 2015

DEATHHAMMER - Forever Ripping Fast

Album ni aku beli sekitar tahun 2013 iaitu semasa menghadirkan diri di gig tahunan KL Thrash dekat area Jalan Doraisamy, KL. Aku pun dah tak ingat apa nama tempat gig tu berlangsung. Biasalah kalau datang gig memang ada je gerai-gerai barangan metal dibuka. Yang pasti pada masa tu cd ni bukanlah jadi buruan utama aku dan memang tiada dalam list wajib beli. Kira beli suka-suka(dah ada duit lebih ,beli pun ikut suka hati)....hahahaha. Tapi band Deathhammer ni memang aku dah kenal masa tahun 2009, aku siap download lagi lagu demo band ni yang diberikan percuma dalam website dorang. Masa tu dengar lagu dorang pun feelnya biasa-biasa je..hahahaha
Deathhammer adalah band thrash metal berasal dari negara Norway. Kalau sebut pasal Norway memang semua orang akan ingat band ni main muzik black metal. Yelah Norway kan terkenal dengan band-band Black Metal. Kalau era 90'an rasanya band thrash metal yang selalu menjadi sebutan hanya band Aura Noir dan Inferno. Yang pasti, era millenium ni banyak juga band-band underground thrash metal kotor yang muncul dan sealiran dengan Deathhammer, antaranya Nekromatheon, Condor,Toxik Death dan Infant Death.
CD "forever ripping fast" ni adalah sebuah EP yang mengandungi 6 lagu + 7 lagu bonus dari demo mereka. Jadi total semua 13 lagu. Muzik dorang ni banyak pengaruh Teutonic Thrash Metal seperti dalam album Kreator"endless pain" ataupun album Destruction" bestial devastation" dan kadang-kadang ada juga aura album Slayer "show no mercy". Diterbitkan oleh label underground Wicthbrew dan terhad 1000 keping. Aku punya nombor 758. Untuk versi kaset dan piring hitam , ia dikeluarkan oleh label US Hellsheadbangers Production. Kalau yang minat sangat tu pastinya semua format dibeli. Band ni pernah datang buat gig dekat Singapore pada tahun 2012 dan ada beberapa orang rakan sanggup datang Singapore untuk tengok Deathhammer main depan mata.



Selasa, 20 Oktober 2015

HYPNOSIA - Extreme Hatred

Band ni aku kenal rambang melalui list jualan cd yang diiklankan dekat forum metal terus(dah tutup pun forum ni) iaitu sekitar tahun 2009. Masa tu kalau nak beli memang kena buat kajian dekat youtube. Memang ada niat nak beli tapi apakan daya senarai album yang nak dibeli memang padat, bajet tak cukup dan album ni terpaksa aku lupakan..hehehe. Tahun 2014 baru aku ada peluang dan ada lebihan duit nak beli album ni. Aku beli melalui distro metal tempatan yang diiklankan di ruangan facebook dengan harga rm45 sekali poslaju. Murah dan berbaloi. Hypnosia berasal dari Sweden dan membawakan muzik thrash metal. Kalau peminat album Kreator era "pleasure to kill" hingga "coma of soul" + album Sepultura era "beneath the remain" hingga "arise" memang tiada masalah untuk hadam album ni kerana semua ramuan ada pada album "extreme hatred". Senang cerita album ni adalah makanan untuk peminat thrash metal. Album ni dikeluarkan pada sekitar tahun 2000 melalui label hammerheart record dan satu-satunya album tunggal Hypnosia dan selepas itu band ni dibubarkan pada sekitar 2002. Band ni pun masih ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudnya. Bagi aku album ni memang berbaloi dibeli. Sekali sekala melayan band bawah tanah macam band Hyposia ni memang dapat memberikan kepuasan yang maksima untuk diri sendiri.

Khamis, 1 Oktober 2015

SLAYER - Repentless

Pada mula aku merancang untuk membeli album Iron Maiden" the book of souls" yang baru seminggu menjejak pasaran malaysia. Aku pergi ke Kompleks Campbell dengan harapan dapatlah membeli album tersebut. Tapi lain pula jadinya..Album tersebut soldout di kedai-kedai seluruh malaysia dalam masa seminggu dipasarkan..hahaahaha Iron Maiden beb..lagipun dengar cerita album tu dah tiada cetakan versi Malaysia.Yang ada hanya import terus dari label sebanyak 100 keping sahaja dan dibahagi-bahagikan ke pengedar seluruh malaysia..patutlah soldout..hahahaa. Dan untuk mengubat sedikit kekecewaan, terpaksalah aku beli Album terbaru Slayer" Repentless"...cd ni pun rasanya stok terakhir di kedai tersebut...hahahaha
Album Slayer yang pertama aku beli adalah kaset album G.H.U.A pada tahun 2001, tahun dimana aku mula terjebak dengan muzik metal. Album tu memang tak pernah melekat dikepala(riff gitarnya banyak part NU Metal). Selepas tu barulah aku beli album-album awal Slayer dari album "Show No Mercy" sehingga album "Season in the Abyss". Stop sampai tu je album yang aku kumpul...Aku pun tak tau kenapa..mungkin juga sebab terpengaruh dengan bahan bacaan yang berkait dengan review-review album Slayer..hahahaha. Dan yang paling penting album "reign in blood" adalah album kegemaran aku sehingga hari ini.

Hari pertama aku pasang cd ni dalam 3 kali jugalah aku dengar sampai habis. Dengar sambil belek-belek booklet dan baca lirik...hahahaha Ada dua lagu yang betul-betul melekat di kepalaku iaitu lagu berentak slow "when the stillness comes" dan "Chasing Death"...lagu intro instrumental "delusion is savior" pun best juga. Yang pasti pembelian cd ni berbaloi untuk aku dan terus terang aku cakap aku suka album ni. Disebabkan album ni jugalah menyebabkan aku membuka balik niat untuk melengkapkan koleksi album slayer...hahahaa Jadi kalau dah ada duit lebih memang aku nak beli album "world painted blood", "christ illussion", "diabolus in musica", "divine intervention" dan album "G.H.U.A"(album ni ada format kaset je)...hahahaha
Untuk album ni aku rasanya aku tiada masalah untuk menghadamnya. Riff-riff gitar masi lagi ada trademark Slayer dan yang paling penting masih lagi Thrash Metal...hahahaha Kalau baca review-review fanatik slayer memang teruk jugalah album ni dikritik. Mungkin sebab mereka masih mengharapkan Slayer menghasilkan album yang boleh mengatasi kehebatan album "reign in blood" yang aku rasa Slayer pun tak mampu boleh buat lagi...hahahaha Ada juga peminat yang menjauhkan diri dari beli album ni disebabkan ketiadaan Jeff Hanemann dan David Lombardo...dan macam-macam lagi lah. Kalau baca laporan media, album ni berjaya terjual sebanyak 50,000 keping di US pada minggu pertama dipasarkan. Sekarang rasanya tak tau la berapa jumlahnya.