Khamis, 5 September 2019

SAVAGE DEITY - Beyond The Sanctum


Aku mengenali band ni sekitar tahun 2012 melalui lagu-lagu yang diupload dalam social media YouTube. Lepas dengar lagu-lagu mereka memang aku tertarik dan ada keinginan untuk memiliki rilisan mereka. Nasib baik debut album mereka “Amulet of Sin” dikeluarkan pada tahun 2013 yang asalnya diterbitkan oleh label US, Slaughter House Records dalam format CD juga telah dikeluarkan dalam format kaset melalui label tempatan iaitu Basement Records.


Beyond The Sanctum adalah album kedua mereka yang juga diriliskan oleh label yang sama iaitu Slaughter House Records. Aku dapat album ni semasa mereka membuat persembahan live di KL Metalcamp 2018, beli dari booth mereka. Dapat tengok live, dapat beli CD mereka.. Band yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand, membawakan konsep old school death metal ala Morbid Angel album “Altar of Madness” dan juga mirip band Sadistic Intent. Sememangnya genre sebegini adalah genre kegemaranku dan aku memang tiada masalah untuk menghadam lagu-lagu mereka.


Memang jarang juga aku jumpa band-band dari negara Thailand yang membawakan muzik genre old death metal. Kali terakhir aku memiliki kaset EP dari band Calamitious dan juga album kedua dari lagenda death metal mereka iaitu Heretic Angel. Terkini Savage Deity telah pun merilis EP terbaru mereka dibawa label tempatan iaitu Mamat Records.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan