Khamis, 22 Ogos 2019

MERCILESS - The Treasure Within


Secara peribadi, aku meletakkan Merciless sebagai satu band yang wajib aku miliki koleksi rilisan mereka. Band ni memang band kegemaran aku. Selepas muncul dengan album pertama “the awakening” pada tahun 1990, Merciless muncul dengan album kedua pada tahun 1992 iaitu “ The Treasure Within”.


Kalau diikutkan Merciless adalah band death metal yang pertama meriliskan album di Sweden pada tahun 1990, namun popularity mereka tidak lah sebesar band Entombed yang meriliskan album “Left Hand Path” pada tahun yang sama. Mungkin disebabkan faktor label mereka bernaung yang memberi kesan terhadap album tersebut. Entombed di bawah naungan label terkenal Earache Record manakala Merciless dibawah label yang Deathlike Silence(owner dia Euronymous dari band Mayhem). Jadi paham-paham saja la kenapa album Merciless tidak tersebar meluas seperti album Entombed.


Berbeza dari band-band Sweden yang lain, yang mana majoriti band death metal Sweden yang wujud pada awal era 90’an lebih terarah kepada trademark Entombed(Swedish buzzsaw fat guitar sound, dengan butang knob pedal boss heavy metal berada pada tahap maksimum dan juga trademark rakaman output dari sunlight studio), Merciless pula lebih terarah kepada kelajuan old school death/thrash metal yang dipengaruhi Teutonic German Thrash Metal.


Album kedua ini memperlihatkan variasi Merciless dalam penciptaan struktur lagu berbeza dengan album pertama mereka yang mana tempo kelajuan lagu adalah menjadi keutamaan dengan struktur riff gitar thrash metal digabungkan struktur riff-riff gitar death metal.  Trademark Death/Thrash metal tu masih kekal 90% cuma variasi lagu tu yang menampakkan kematangan idea dalam penciptaan lagu. Ada tempo laju dan slow mengikut kesesuaian. Lagu kegemaran antaranya “the treasure within”, “mind possession”, “the book of lies” dan “branded by sunlight”.


Album ini diriliskan oleh Active Record dan dirilis semula oleh label Blacklodge Records dengan cover album berbeza. Disebabkan label-label yang terbitkan album mereka adalah label-label kecil, album-album mereka amat sukar untuk diperoleh dan kadang-kadang berada pada tahap “rare”. 1st press album pertama dan kedua kalau search dekat ebay memang harga kaw-kaw punya.



RUJUKAN BLOG:
1) MERCILESS - The Awakening

2 ulasan:

  1. sebelum ni sekadar mendengar secara lalu... lepas baca ni rasanya perlu cuba dengar sekali lagi..

    BalasPadam