Khamis, 15 Ogos 2019

INSACRED - The False God


Sekitar tahun 2010, aku ingat lagi masa band ni perform live gig di Kota Kinabalu, Sabah, memang teruja bila tengok dorang main. Band ni berasal dari Kuching, Sarawak dan memainkan irama old death metal yang kuat pengaruh dari Negara USA seperti Immolation, Incantation dan old Morbid Angel. Demo ni aku beli masa gig tersebut. Era millennium ni jarang kita jumpa band tempatan meriliskan produk death metal. Kualiti rakaman lagu juga memang boleh tahan hebatnya. Semua alat muzik dapat didengar dengan jelas. Band ni pada diawal penubuhan mereka menggunakan nama Incisor dan kemudian menukar nama Insacred. Dibawah nama Insacred mereka sempat meriliskan demo pada tahun 2008. Dalam demo “the false god” mengandungi 5 buah lagu dan 3 lagu daripadanya adalah dari demo mereka ketika masih menggunakan nama Incisor. Lagu dalam demo ni memang boleh tahan dan cukup sifat death metal. Artwork lukisan cover demo pun sangat menarik dan terserlah aura old schoolnya. Demo ni memang ada aura yang kuat dan sama taraf seperti demo klasik band death metal tempatan yang wujud pada era awal 90’an seperti “assassin led by the blasphemy”(Sil Khannaz), “eternal damnation”(Silent Death), “eternal war”(Brain Dead) dan juga “repulsion into repugnant”(Senseless).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan