Khamis, 22 Mac 2018

DIMENSION ZERO - Silent Night Fever


Aku teringat lagi masa sekitar tahun 2002, aku ada terserempak kaset ni dan satu lagi kaset Sinergy “suicide by my side” di kedai kaset di Tawau. Aku mengambil keputusan untuk tidak membeli kaset ni dan memilih kaset Sinergy. Yerlah masa tu duit cukup-cukup je(rm25 je kalau tidak silap) nak beli kaset, hasil daripada simpanan duit elaun harian sekolah berjumlah rm2 sehari. Harga kaset dekat sana pada masa tu memang cekik darah (rm18 sekeping). Nasib baik pada masa tu kawan aku beli kaset ni. Dapat lah aku pinjam dan dengar.Bila aku pinjam dan dengar kaset ni, rasa teruja terhadap kaset ni tetap ada setelah mendengarnya. Yang pasti rasa menyesal pun ada. Kenapa lah aku tak beli kaset ni…hahahaha Memang menyesal masa tu. Lagu dalam kaset ni memang sedap dan kena dikepala aku.


Dimension Zero berasal dari Sweden dan memainkan muzik melodic death metal yang kuat pengaruh thrashnya. Pukulan drum pun kadang-kadang diselitkan blast beat drum dan menjadikan lagu lebih berat dari susunan muzik melodic death metal yang biasa. Sound dalam album ni pun memang raw terutamanya pada sound gitar. Band ni adalah band side project Jesper Stromblad (ex-In Flames) dan seorang lagi bekas gitaris In Flames era “The Jester Race” dan “whoracle” iaitu Glen Ljungstrom. Posisi drum pula dimainkan oleh Hans Nillson (Diabolique) dan vokal pula diisi oleh Jocke Goteburg (ex-Marduk). Fuhhh..dahsyat anggota band..memang super group.


Sebelum menggunakan nama Dimension Zero, band ni diawal penubuhannya menggunakan nama Agent Orange iaitu pada sekitar tahun 1995 namun tiada satu pun rilisan dikeluarkan sebelum menukar nama band pada tahun yang sama. Album “silent night fever” dikeluarkan pada tahun 2002 oleh label Regain Records. Sebelum debut album ni dikeluarkan, mereka telah pun meriliskan satu ep “penetrations from the lost world” pada tahun 1997 dan juga demo “screams from the forest” pada tahun 1995.

2 ulasan:

  1. Agent orange aku teringat album sodom

    BalasPadam
  2. Awal tahun 2000 dulu banyak betul jumpa kaset keluaran Jamback ni...tak pasti adakah status dorang sama macam Asialink..

    BalasPadam