Khamis, 15 Mac 2018

CALLENISH CIRCLE - Flesh_Power_Dominion


Sebut pasal melodic death metal, pasti semua metalhead akan merujuk kepada Negara Sweden dan Finland. Kalau Finland ada Children Of Bodom, Kalmah dan Norther..Sweden ada In Flames, At The Gates, Dark Tranquillity, Soilwork dan Arch Enemy. Dua Negara tersebut memang sinonim dengan death metal bermelodi. Tapi kalau inginkan death metal bermelodi dari negara Belanda ataupun Nertherland, Callenish Circle adalah jawapannya. Album “Flesh Power Dominion” adalah album ketiga dari mereka yang diterbitkan sekitar tahun 2002 melalui label Metal Blade Records. Manakala album kedua aku beli selepas membeli album My Passion//Your Pain. Muzik mereka macam biasa melodic death metal yang diadun sedikit dengan pengaruh thrash metal moden. Cuma album ni pada pendapat aku kurang sikit lagu-lagu ataupun riff-riff melodi yang melekat dikepalaku berbeza dengan album ke empat mereka iaitu “My Passion//Your Pain yang kebanyakan lagu senang untuk aku hadam.  Terdapat lagu cover dari band lagenda Death iaitu “pull the plug” yang mana susunan lagu dan tempo tidak sedikit pun diubah. Aku berani cakap yang aku lebih suka album ni berbanding dengan album band gergasi  seperti In Flames “reroute to remain” yang menjurus kearah moden metal,  yang mana album tersebut diriliskan pada tahun yang sama. Kaset ni aku beli sekitar tahun 2004 dan merupakan kaset rilisan semula dibawah label dari Thailand IndiPops Records. Memang zaman tu banyak kaset-kaset  metal keluaran label Thailand dipasaran. 



5 ulasan:

  1. skg ni payah sudah mau jumpa kaset2 keluaran thailand.. ni band pun aku belum perna dengar lagi..

    BalasPadam
  2. Tak pernah dengar ni...thanks for sharing..

    BalasPadam
  3. aku ada kaset album diorg Graceful Yet Forbidding, tp lama dh tk dengar

    BalasPadam
  4. Baca ko nye last 3 post dan sebut2 rantau Vikings dan Finland., aku actually cuba dengar sebanyak band Denmark nama Artillery.

    BalasPadam