Selasa, 15 Disember 2015

THE HIDDEN / SYMPOSIUM split kaset

Kaset split The Hidden dan Symposium ni dikeluarkan pada sekita tahun 2004 melalui label tempatan iaitu Psychic Scream Entertainment. Dua-dua band Malaysia, The Hidden band membawakan irama Melodic Death Metal ala-ala Soilwork dan In Flames manakalah band Symposium membawakan irama Symphonic Black Metal ala-ala Cradle of Filth dan Dimmu Bogir. Kaset ni aku beli pada hujung tahun 2014 sekali dengan kaset-kaset Soilwork keluaran Psychic Scream dengan harga 3 keping rm10( kasset longgok murah dan masih berbungkus). Aku dah dengar album ni sekitar tahun 2004 melalui roomate aku di UiTM. Aku tumpang dengar lah. Memang best juga album ni. Rasanya aku hanya dapat sedikit info tentang band The Hidden melalui majalah. Band The Hidden ni adalah serpihan band Herriot. Rasanya vokalis je yang berbeza...hahahaha Kalau Herriot punya muzik lebih ke arah In Flames album "colony", The Hidden pula lebih ke arah Soilwork dan In Flames album"clayman". Band ni pernah perform di Konsert Rock The World 5 dan aku beli vcd tersebut hanya disebabkan nak tengok band ni perform live...hahahaha Lagu "the curse of the fallaride" pernah popular di sebuah stesen radio metal Australia(tak tau betul ke tak cerita ni) Kalau search dekat Youtube ada video klip The Hidden yang bertajuk"empathy".  Sayang kaset ni tidak pernah dirilis dalam format CD.


4 ulasan:

  1. satu yang aku suka band2 underground ni diorang kreatif buat artwork untuk album masing2

    BalasPadam
  2. ada CD sebenarnya tapi brapa unit xtau ah.. bassist samartary dari langkawi ada CD nya.. kedai lelong sebelum bungkus!

    BalasPadam