Khamis, 16 April 2015

GLORIOUS TIMES " a pictorial of the death metal scene 1984-1991"

Bila dah beli buku Swedish Death Metal, tergerak pula hati untuk dapatkan buku ni. Mau jadi ulat buku lah katakan...hahahaha Yang pasti distro-distro barangan metal dekat malaysia ni pasti menjual benda macam ni. Kalau tak silap aku label tempatan Afterlife Production adalah pengedar rasmi buku ni untuk pasaran tempatan dan asia. Tapi buku ni aku beli melalui kawan baik aku. Senang nak deal. Kebetulan pula pada hujung tahun 2010 aku dapat bonus, apa lagi aku laburkan lah duit untuk beli buku ni pada awal tahun 2011...Membaca sambil menambah koleksi barangan metal..hehehe
Buku ni menceritakan tentang pengalaman editor-editor buku ni semasa zaman kegemilangan scene death metal Amerika pada tahun 1984-1991. Cerita  dalam buku memang terlalu ringkas(tajuk pun dah letak pictorial scene) tetapi padat dengan gambar-gambar rare yang majoritinya belum pernah dilihat sebelum ni(gambar koleksi peribadi editor). Editor buku ni, Alan Moses(buttface zine) dan Brian Pattison(chainsaw abortion zine) yang kedua-dua orang ini aku memang tak kenal langsung, begitu juga dengan zine-zine yang mereka hasilkan...(ceteknya info aku..hahahaha) Rasanya kalau orang lama mesti tau tentang mereka ni. Kepuasan aku terhadap buku ni hanya dari sudut gambar-gambar rare tu sahaja. Yang lain aku rasa biasa-biasa sahaja...hehehee Kalau peminat death metal macam aku ni memang berbaloi dan puas hati memiliki buku ni. Dekat bawah ni aku kongsi sikit gambar muka surat dalam buku ni.








9 ulasan:

  1. Menarik! Suma band2 lama tu.incubus tu tak silap aku ada band alternative dari US pun guna nama yg sama kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes bro..aku kenal incubus alternative dulu sblm band incubus death metal...nasib baik ada abg sepupu aku bagi info pasal incubus death metal

      Padam
  2. baru tahu buku ni bro. aku juga ketegori cetek ilmu metal keras ni..
    kan best kalau ada buku2 cerita scene malaysia ni.. dgn gambar2 rare band2 dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bro..itu lah kita harapkan ada org malaysia buat buku psl scene metal kita...

      Padam
  3. Its nice to collect books about the music you like.
    Aku suka tengok photo books pasal music rock ke metal ke tapi selalunya harga mahal so aku keep to Maiden sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kdg2 kita terpaksa buat pilihan setakat termampu,,,maiden pun dlm perancangan utama aku jgk..tp semua bergantung pada bajet..

      Padam
  4. tak pernah tau ada buku ni...nanti try cari...tapi tengok gaya gambarnya yang berwarna-warni konpem harganya tak mampu milik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya klu dr owner mmg dah sold out bro..xtau la dkt distro lain...yg pasti mmg mahal buku ni, nasib baik time tu aku ada extra cash..klu x mmg smp skrg x terbeli..

      Padam
  5. Aku kenal Incubus Death metal dulu sebelum layan funk glam Incubus itu..

    BalasPadam