Selasa, 5 November 2019

LAVATORY - Morbid Terror


Selepas muncul dengan rilisan pertama mereka melalui EP “Transgression" iaitu pada sekitar tahun 2012, mereka kemudiannya mengeluarkan debut album “Morbid Terror” pada tahun 2014. Apa yang menarik adalah debut album tersebut diriliskan oleh label dari negara jiran Singapura yang terkenal iaitu Pulverized Records, label yang banyak meriliskan album-album metal antarabangsa. Apa yang pasti tiada banyak perubahan dari rilisan sebelumnya. Memang band ni berkiblatkan Swedish Old School Death Metal yang sememangnya riff-riff gitar ciptaan mereka amat mirip band-band klasik seperti Dismember dan Grave. Lagi satu suara vokalis mereka totally  growl screaming ala-ala lagenda Chuck Schuldiner. Memang amat jarang sekali untuk band-band dari Malaysia muncul dengan genre Old School Death Metal. Jadi bila ada rilisan sedemikian rupa memang memberikan satu kepuasan untuk mendengarnya. Aku memang menanti dan harap-harap mereka akan muncul lagi dengan rilisan terbaru. Cuma satu je masalah bila beli cd keluaran label Pulverized Records ni, iaitu versi super jewel case yang aku tak berapa gemar kerana jika casing pecah, memang susah nak ganti. CD booklet pun memang x boleh masuk atau letak dekat normal cd case.






RUJUKAN BLOG:
1)LAVATORY - Transgression

Tiada ulasan:

Catat Ulasan