Selasa, 15 Oktober 2019

NECROMATION - Dream Of Soreness


Pertama kali aku kenal band ni adalah sekitar tahun 2005 melalui laman social myspace. Biasa la masa tu aku memang tiada akaun myspace tapi aku saja layar pun sebab boleh dengar lagu-lagu band metal. Secara kebetulan dapatlah aku dengar lagu band Necromation. Kalau tak silap aku ada dua lagu yang yg dimuat turun dari demo 2004 mereka iaitu “the art of horroricsm”. Memang dengar terus aku teruja dengan band ni. Cuma tahun 2008 baru lah aku dapat dengar demo cdr terbaru mereka iaitu “dream of soreness” yang aku beli melalui pos. Kalau tak silap aku beli melalui distro yang aku sendiri tak ingat nama dia. Necromation berasal dari pekan Beaufort, Sabah. Memainkan irama pure death metal yang kuat pengaruh Deicide, Monstroisity, Benediction dan Hypocrisy. Senang cerita lagu-lagu dalam demo cdr ni memang melekat dikepala aku. Terdapat juga 1 lagu cover dari Deicide iaitu “when satan rules his world”. Dengan kualiti bunyi yang raw, keseluruhan alat muzik dalam demo ini boleh didengar dengan jelas. Terus terang aku cakap demo ni adalah salah satu demo yang terbaik pernah dihasilkan oleh band dari Sabah. Tahun 2010 adalah pertama kali aku melihat mereka beraksi. Total Death Metal!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan