Peminat Thrash Metal di seluruh
dunia pasti mengenali Sodom kerana band ini merupakan salah satu band berpengaruh besar bagi irama Thrash Metal terutamanya bagi penggemar Teutonic German
Thrash Metal yang sealiran dengan Kreator dan Destruction. Di Malaysia juga
sangat kuat juga pengaruh band Sodom ni. Rasanya sudah lebih ratusan review telah dibuat berkenaan dengan album ini. Album Persecutian Mania merupakan album kedua
Sodom yang diterbitkan sekitar tahun 1987 dibawah label SPV. Kalau peminat tempatan mereka dah terbiasa dengan kaset keluaran VSP yang pernah berada di pasaran Malaysia pada awal era 90'an.
Kalau nak dibandingkan album “Persecution
Mania” dengan album sebelumnya iaitu album debut “obsessed by cruelly”
memang sangat berbeza dari segi konsep dan susunan muzik. Album “obsessed by
cruelty” lebih kepada thrash metal yang primitif dengan riff2 yang ringkas dan
juga konsep lirik yang penuh dengan elemen-elemen kegelapan dan satanik dan boleh
dikategorikan sebagai album proto-black metal yang sama auranya dengan album debut Slayer
“show no mercy”. Dengan kemunculan album “Persecution Mania”, kualiti rakaman
album ditingkatkan dan menjadi lebih baik dari album sebelumnya, riff-riff gitar juga lebih teknikal dan lagu menjadi lebih kemas dan berkualiti begitu juga dengan cara penulisan lirik dengan tema ke arah peperangan.
Rasanya dengan kemunculan gitaris
lagenda Frank Godzik Blackfire mempengaruhi keseluruhan imej dan identity Sodom
terutamanya dari segi penulisan lagu. Trademark Sodom yang sebenar adalah
dengan munculnya album ini. Lagu lagu klasik seperti “nuclear winter”,
“persecution mania”, “christ passion”, “conjuration” dan “bombenhagel” sudah
semestinya menjadi lagu anthem bagi seluruh peminat Sodom dan thrash metal
diseluruh dunia. Yang menariknya dalam album ni ada lagu cover “iron
fist”(motorhead) yang seolah-olah menjadi lagu ciptaan sendiri Sodom. Aku sendiri
sukakan cover versi Sodom ni. Kalau diikutkan lagu cover ni sentiasa menjadi
playlist live Sodom sehingga hari ini. Sedar tak sedar album ni telah
berusia lebih 30 tahun dan auranya masih kekal sehingga hari ni. Album thrash
metal yang sentiasa menjadi playlist kegemaran aku. Bombenhagel!!!Bombenhagel!!
RUJUKAN BLOG:
SODOM - In The Sign Of Evil / Obsessed By Cruelty
RUJUKAN BLOG:
SODOM - In The Sign Of Evil / Obsessed By Cruelty
Harap metalcamp bawah dorang ni masuk haha
BalasPadam