Isnin, 19 Februari 2018

VOCIFERATION ETERNITY - Meadow's Yearn


Kalau tiada rilisan semula untuk album memang aku tak kan dapat dengar lah album ni. Terima Kasih kepada Nebiula Production yang meriliskan semula album ni. Pada asalnya album ni diterbitkan pada tahun 1999 dalam format cd dan kaset. Sekarang kalau nak cari dua-dua versi tu memang kena sedia duit lebih lah…hahahaha Meadow’s Yearn adalah album kedua Voci dan dalam album ni mereka masih mengekalkan irama Melodic Death Metal, sama seperti album debut mereka. Cuma yang menarik untuk album kedua ini pada pendapat aku adalah lagu-lagunya lagi sedap didengar berbanding album pertama. Susunan pukulan drum juga lagi best dari album sebelumnya yang mana dalam album ni dimainkan oleh dua drummer iaitu wira(necrotic Chaos) dan Ahjez(Langsuyr). Lagu-lagu seperti “die is cast”, “ambrosia grace”, “burning steel” dan lagu instrumental “death attack” memang senang melekat dikepala dengan riff2 melodik yang diadun dengan kekerasan irama death metal. Siapa tak kenal Dark-E gitaris/vokal yang menjadi tulang belakang dalam band Voci. Dengar sahaja hasil kerja beliau bersama Sil Khannaz dalm album gerbang kayangan yang mana lagu-lagu dalam album tersebut memang banyak susunan melodi…hahahaha Bagi aku album ni memang berbaloi dimiliki oleh penggemar muzik ekstrim tempatan. Vociferation Eternity = Malaysian melodic death metal.



2 ulasan:

  1. aku ada comp saja voci. harap2 masih ada dipasaran lagi cd ni. mau simpan juga buat koleksi..

    BalasPadam
  2. lawa packaging dia. again thank you for sharing kalau tak aku tak tahu cerita pasal extreme music tempatan sangat.

    BalasPadam