Rabu, 14 Disember 2016

MIND SNARE - Hegemony


Aku kenal band Mind Snare melalui kaset kompilasi panggilan pulau puaka 4 yang aku pinjam dari abang sepupu aku iaitu sekitar tahun 2001. Mind Snare adalah band yang berasal dari Italy, ditubuhkan sekitar penghujung tahun 89 dan membawakan muzik old school brutal death metal. Kira band ni merupakan antara band death metal terawal scene metal Italy. Niat nak beli cd/kaset band ni memang ada sejak dulu lagi cuma ntah mengapa sentiasa terskip dan hanya sekitar tahun 2014 baru lah aku beli CD/EP ni. EP hegemony ni merupakan rilisan yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1999 dengan bajet Mind Snare sendiri dan hanya dirilis semula oleh label tempatan iaitu Psychic Scream Entertainment (PSE) dalam format kaset dan CD pada hujung tahun 1999 beserta dengan bonus 2 track live. Selain rilisan ini, PSE ada juga meriliskan debut album mereka iaitu "hateful attitute" yang dikeluarkan sekitar tahun 2000. Semestinya jika anda peminat death metal underground, rasanya EP ni memang tiada masalah untuk dihadam memandangkan riff-riff gitar ciptaan mereka memang totally death metal ditambah dengan pukulan blast beat drum,bass dan solo gitar yang berbelit-belit.



4 ulasan:

  1. sayang tiada sudah label PSE ni, ada beberapa kaset aku keluaran label ni. jap lagi nak dgr kat utube 1 2 lagu band ni, menarik aku suka blog kamu ni.

    BalasPadam
  2. Band Italy aku pernah terjumpa terketahui ialah Opera Ix dulu dulu la. Masa dorang peraetankan rime of the anicent mariner. Aku suka style dual vokalis dorang.

    BalasPadam
  3. Metallers... you know where to find this stuff.. korang memang sentiasa ada jodoh dan lorongan untuk jumpa punya eheheh..

    BalasPadam
  4. Kat italy pun banyak band yg bagus sebenarnya

    BalasPadam