Isnin, 21 November 2016

ABATTORY - Anthems Of Death




Aku beli cd ni dari seorang rakan yang baru sahaja bercuti balik kampung, dia kerja dekat KL. Sememangnya dia seorang metalhead dan lebih senior dari aku. Masa tu sekitar tahun 2006, dia ada bawak satu beg barangan metal untuk dijual kepada metalhead sekitar Tawau yang aku rasakan pada masa tu tak sampai pun dalam 20 orang...hahahhaha Cd ni aku beli dengan harga rm15. Pada masa tu memang info aku pasal band ni zero. Nasib baik rakan aku bagitau bahawa band ni main death metal. Sebut pasal death metal memang aku terus beli je.


Abattory merupakan band death metal yang berasal dari negara jiran Singapura dan rasanya kalau tidak silap aku band ini ditubuhkan sekitar pertengahan era 90'an. Drummer mereka iaitu Dajjal merupakan bekas anggota Impiety era album SkullFucking Armageddon. Athems of death merupakan mini album yang mengandungi 4 lagu termasuk 1 lagu instrumental. Semua lagu dalam cd ni memang cukup memberikan kepuasaan terutama bagi penggemar muzik death metal. Dengan riff-riff gitar yang buas, pukulan drum gabungan death metal dan thrash metal dan ditambah dengan sedikit blast beat attack, juga dengan solo gitar yang berserabut menyebabkan tiap-tiap lagu menjadi menarik dan tidak membosankan. Mini album ini diterbitkan oleh label tempatan iaitu Permata Patah Records yang sampai sekarang aku tidak dapat info yang lengkap tentang label ni. Sehingga hari ini aku masih lagi tidak tau sama ada band ini masih lagi wujud ataupun sudah berkubur memandangkan hanya rilisan ini sahaja yang aku jumpa setakat ini.



4 ulasan:

  1. abattory ni singapore yer..? aku ingatkan band omputeh dari negara barat, thanx for the info.
    btw.. jom singgah blog yusrina bro.. ada album baru metallica

    BalasPadam
  2. Tu hari aku ada time sikit, so masuk youtube dengar dua band thrash europe aku tak pernah dengar sebelum ni, Parasox dari Jerman dan Artillery dari Denmark. Dahsyat. Happy bila explore2 cam kau buat ni la.

    BalasPadam
  3. Dah try dengar kat youtube...boleh tahan sedap.

    BalasPadam
  4. Baru tau pasal band ni.tq info nanti nak tgk kt youtube

    BalasPadam