Rabu, 12 Oktober 2016

HUMILIATION - Face The Disaster


Waktu cd ep ini dikeluarkan iaitu sekitar tahun 2009, aku memang tidak tahu menahu tentang kewujudan band Humiliation. Tahun tersebut aku selalu ulang alik dari Tawau ke KL (masa tu kemaruk dating dengan ex-girlfriend aku yang sekarang dah jadi isteri aku..hahahaha). Bila datang KL je memang aku akan singgah ke Kompleks Campbell untuk beli barangan metal. Kebetulan masa tu, ep ni telah dikeluarkan dan dijual di Kedai Nebiula Heavy Metal dan tanpa pikir panjang aku terus beli cd ep ni walaupun aku tidak kenal Humiliation. Tengok logo band, cd dan logo label Nebiula memang sah aku yakin band ni...hahahahaha


Bila balik rumah aku (tawau) tanpa berlengah aku terus pasang cd ni dan dengan lagu pertama dah membuktikan yang band Humiliation memang band death metal yang mainannya mirip Bolt Thrower. Sebut pasal Bolt Thrower aku memang dah biasa dengan band ni memadangkan dulu masa belajar dekat UiTM, aku ada seorang sahabat karib yang fanatik dengan Bolt Thrower dan dialah yang memperkenalkan aku dengan band lagenda death metal dari UK. Masa mula-mula dengar lagu-lagu dalam ep ni aku rasa biasa-biasa sahaja dan tiada apa yang menarik pun. Cuma yang menarik perhatian aku adalah kualiti rakamannya memang terbaik yang diadun di studio di luar negara.


Sedar tak sedar sekarang Humiliation sudah pun mempunyai 7 buah album dan pernah melakukan persembahan life di Asia Tenggara, Jepun dan beberapa negara Eropah. Band ni merupakan satu-satunya band tempatan yang paling aktif dari segi mengeluarkan material lagu dan juga persembahan life. Band ni setiap kali keluar album memang aku akan beli. Aku tak kisah pun orang cakap yang band ni klon Bolt Thrower, kerana bagi aku asal muziknya sedap dan kena dikepala memang semua tu boleh diketepikan. Lagipun zaman millenium ni orang dah tak kisah sangat klon mengklon ni.





4 ulasan:

  1. ini cd seingat aku dulu, harga dia rm10 ja kat gig2.. tapi skg ni aku tgk kat fb tu rm80 org jual pun kejap saja sold out, bayangkan lagi 10tahun berapa lah nilai cd ni haha.. cd ni wajib ada bagi pengikut humiliation.. aku ada beli sekali 7'' nyA Tu buat koleksi..

    BalasPadam
  2. Humilation ni pun aku tau pasal diorang dlm 2 tahun lepas.mmg power band ni walaupun tak tekenal kt tmpt sendiri.
    Btw,aku baca kat web metal hammer yg bolt thrower pun da bepecah..

    BalasPadam
  3. Hail Malaysian Military Death Metal!!!...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hail Malaysian Bolt Thrower!!!...

      Padam