Rabu, 14 Januari 2015

VERMINOUS - smell the birth of death EP



Aku mula mengenali band Verminous pada tahun 2005 melalui kompilasi cd sampler label xtreem music yang aku dapat percuma dari majalah metal yang aku beli dan lagu yang aku dengar adalah lagu "impious genocide " yang dipetik dari album Impious Sacrilege(2003). Cd ni pula aku peroleh 5 tahun kemudian(2010) melalui pembelian terus dari seorang rakan iaitu saudara Rosmalie(pemilik label Envenom record+editor Api fanzine). Kalau aku tak silap beliau promote nak jual cd ni sekali dengan album Repugnant"epitome of darkness". Apa lagi aku sambar terus kedua-dua cd..hehehehe. Walaupun Verminous berasal dari Sweden, tapi muzik death metal pembawaan dorang adalah jauh berbeza dari ENTOMBED,DISMEMBER dan GRAVE. Riff-riff seram dorang adalah gabungan AUTOPSY+NIHILIST+CARNAGE(sweden) dan dicampur aduk dengan kelajuan muzik MERCILESS(sweden). Pukulan Blast-beat drum ala-ala album "left hand path"+"like an everflowing stream"(tetapi tidak pula laju macam grindcore dan brutal death metal) dan suara growl vokalis ala-ala album "scream bloody gore". Yang pasti cd/ep "smell the birth of death" memang memberikan kepuasan maksima untuk aku. Kalau dimainkan dekat player cd memang aku akan putar berulang kali(yelah cuma ada 4 lagu). Dari muzik sampai ke artwork dan layout cd memang citarasa kegemaran aku. TOTAL DEATH METAL!!!


2 ulasan:

  1. menarik juga lagunya.. aku trus g utube dgr..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kelebihan youtube bro dengar dulu lagu sebelum berpikir nk beli..kalau zaman kaset dulu memang kena paksa beli kalau mau dengar..hahaaha

      Padam